: : 28/9/2011..RABU..
Petang kelmarin , lpas ja solat asar . ana dok rilex2 kat ruang tamu tengah . sambil dok rilex tgk tv , ana capai kain yang baru angkat dari jemuran ..sambil jemari ana ligat melipat kain , almaklumla..wanita melayu terakhir..hehe ..terakhir la sangat ..ana buka canel OASIS , cerita jemputan umrah ..
Ada satu part ni yang betul-betul menyentuh hati ana .. part yang mana menceritakan tetang gua thur , satu kisah yang terlalu menyayat hati .. dan satu kisah yang dah ma'ruf dan masyhur dalam sejarah dunia ..
Masihkah sahabat-sahabat ana ingat kisah yang mana RASULULLAH bersama SAHABAT TERCINTA ABU BAKAR R.A ? RASULULLAH bersama SAHABAT SETIA disisi bersusah payah dalam menyebarkan agama ALLAH .. sanggup bersembunyi di gua thur semata-mata kerna agama , dan pengorbanan terbesar SAYYIDINA ALI r.a yang mana dia sanggup bergadai nyawa ganti tempat Rasulullah s.a.w kerna yakinnya SAYYIDINA ALI pada kebenaran agama ALLAH ..
Ana terpaku sebentar , air mata ana mula mengalir di pipi , ya ALLAH..betapa hebatnya kekasihMU ya ALLAH ..betapa hebatnya pengorbanan kekasihMU ya ALLAH ..tapi , aku??apa pengorbanan aku dalam agamaMU YA ALLAH ? sanggupkah aku korbankan diriku untuk agamaMU ya ALLAH ?
Hati ana lagi sayu apabila diceritakan bagaimana SAYYIDATINA ASMA BINTI ABU BAKAR membantu ayahanda tercinta , mendaki bukit thur yang tinggi , semata-mata nak salurkan makanan kepada RASULULLAH dan juga AYAHANDANYA tercinta .. betapa hebat pengorbanan SERIKANDI MUSLIMAH ini .. air mata ana mula mengalir deras apabila ana mula berfikir dan kiaskan cerita ASMA r.a , dimanakah aku disaat AGAMA ALLAH dicemari oleh tangan-tangan kotor laknatullah ..? dimanakah aku disaat apabila ayahanda dan bondaku didalam kesusahan ? dimanakah aku disaat itu ya ALLAH..?hati ana mula menjerit ,,ampunkan aku ya ALLAH ..ampunkan aku ya ALLAH ..
Apabila air mata semakin laju , bonda menghampiri ana ,tanya ana ,napa tiba-tiba ana nagis ? ana peluk mama ana seerat yang mungkin , mama ,akak mohon 1000 kemaafan,akak banyak buat salah ngn mama .. rintih ana dalam pelukan mama ana ..
Dari kisah tu ,ana sedar yang ana memang tak ada korban apa2 dalam agama ,kalau ada pon , tak sehebat SAYYIDATINA ASMA ABU BAKAR .. ana tak sehebat SERIKANDI MUSLIMAH yang sanggup berkoraban untuk agama ..
Bila ana tengok konsert suara kami , anak-anak muda harapan bangsa lalai dengan mainan dunia , ya ALLAH ..RASULULLAH bersusah payah memelihara agama ALLAH supaya agama ALLAH tersebar di seluruh alam ,Tapi dimanakah kita sekarang ?khas untuk ana , APA yang ana dah buat untuk agama ??tepuk dada tanya IMAN ..
Lepas tangis ana semakin reda .. hati ana mula tenang . selepas dari rancangan tu .. sambung pulak ceramah motivasi untuk diri ana .. bersama DR. FATIMAA EL- ZAHRAA..dalam AR-RAYAN..
Apa yang ana faham dalam segmen ni .. ilmu terbahagi kepada 2 :1) ilmu dunia..pentingnya ilmu dunia kerna tanpa ilmu dunia , pasti dunia yang kita lihat sekarang tak akan maju .. betul tak ?? sebab , tanpa ilmu dunia juga , pasti xkan wujud blog ana yang tak seberapa ni .. dan tanpa ilmu dunia juga , pasti ana tak akan bertemu dengan sahabat-sahabat ana yang ana sayang ni .. betul kan ..sahabat-sahabat? ....2) ilmu akhirat ..yang banyak tentang ibadah taqarrub ila LLAH ..
Banyak kelebihan bagi sang pencinta ilmu ..antaranya barangsiapa yang keluar rumah semata-mata untuk menuntut ilmu , maka makhluk seisi dunia samada makhluk yang ada dilangit dan dibumi serta dilautan akan sentiasa mendoakan keampunan untuknya ..apabila hati seorang hamba sudah berkarat , maka hadirkanlah diri dalam majlis ilmu , belajar mempelajari dan memahami isi ALQURAN...{insha ALLAH ana akan cuba}... tidak ada amalan kecuali dengan ilmu ...
Dalam menuntut ilmu ni , tak pernah lekang dengan dengan ujian .. jadi sentiasalah bersabar dalam medan ilmu .. kerana ..INNALLAHA MA'NA...ALLAH sentiasa bersama kita ...INSHA ALLAH..
sesungguhnya hanya ALLAH tuhanku..
aku tidak akan menyukutukannya
dengan yang selain-NYA..
kerja yang paling mulia didunia
menunggang kuda dalam perang jihad
sebaik-baik pendamping
adalah buku yang membawa kemanfaatan
dalam diri..
bahibbbak fillah..
Jangan berputus asa menyaksikan peredaran hari ..
kerana ia adalah ketetapan dan
ketentuan ALLAH..
Emasmu adalah agamamu
Perhiasan mu adalah budi pekertimu
dan hartamu adalah sopan santun mu..
purple love..i luv ISLAM..
Orang selalunya menjadi apa yang mereka percayai .
jika saya percaya saya tidak boleh melakukan sesuatu....
ia akan menjadikan saya tidak mampu untuk melakukakannya..
tetapi apabila saya yakin yang saya mampu untuk buat.
maka saya akan mempunyai keupayaan untuk melakukannya..
walaupun pada mulanya saya tidak memilikinya..
Akhir kalam ana disini..ana mohon 1000 kemaafan pada sahabat-sahabat ana jika ada dikalangan sahabat-sahabat ana kurang selesa dengan perkongsian ana bersama sahabat-sahabat yang ana kasihi .. ana hanyalah seorang hamba ALLAH yang lemah ... jika ada apa-apa kesalahan dalam perkongsian ana ,silalah beri teguran pada ana kerna ana masih memerlukan tarbiah dan pembetulan dari kalian .. dan luahan ana untuk sahabat-sahabat ana ..ana sayang kalian kerna ALLAH..semoga hubungan kita ini akan mendapat keredhaan dari SANG PENCIPTA hati kita yang sentiasa mengharap keredhaan dan rahmat dariNYA...insha ALLAH ...
WASSALAM..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan