INILAH JIHAD DAN KEBERANIAN WANITA SOLEHAH..
Perbuatan baik yang tertinggi yang dilakukan oleh muslimin dan muslimah berdasarkan kekuatan IMAN dan KEYAkINAN adalah pengorbanan jiwa dan raganya untuk berjuang di jalan ALLAH..tidak ada iman melainkan dengn membenarkan janji ALLAH..Dimana ALLAH telah berjanji kepada orang2 yg beriman mekakui lisan RASULNYa s.a.w dengan menberikan syurga kepada mereka.Bukanlah jihad merupakan jalan menuju ALLAH..Melainkan jihad merupakan jalan yang pendek untuk mencapai janji itu..
ALLAH TAALA telah berfirman,maksudnya.." sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang dijalan ALLAH, lalu mereka membunuh @ terbunuh .( itu telah menjadi ) janji yang benar dari ALLAH didalam Taurat,Injil dan ALQURAAN. dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada ALLAH? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar.."...(surah: AT-TAUBAH,111)
Disamping itu ,jihad merupakan pendorong bagi dakwah Islam yang membuat kebaikkan bagi seluruh manusia. Dan juga merupakan persediaan yang terus menerus yang dapat diperbaharui dan dinampakkan kewujudannya,serta menghancurkan dakwah kebatilan.
Makna jihad dalam agama Islam bukanlah hanya setakat berperang dengan senjata sahaja..kerana para ulama telah mentakrifkan jihad adalah mengorbankan tenaga dan perjuangan untuk menegakkan kalimat ALLAH ..ataupun makna jihad sebagaimana yang ditakrifkan oleh Imam Ibnu Taimiyah :" Hakikat jihad adalah berjihad untuk mendapatkan apa yang disukai ALLAH berupa iman dan amal soleh , dan menghilangkan sesuatu yang tidak disenangi ALLAH berupa fasiq dan maksiat " Oleh kerana itu , dikatakan banyak bentuk-bentuk jihad..diantaranya ada yang berhubungan dengan jihad untuk dirinya sendiri dan berjihad untuk menghadapi sesuatu..
Dan jihad untuk menghadapi sesuatu ialah : jihad melawan nafsu ,syaitan , orang kafir , munafik , orang zalim dan orang-orang yang membuat bid"ah dan kemungkaran....
WALLAHU A"LAM...
UNTUK YANG TERISTIMEWA...MUSLIMIN WA MUSLIMAH ..JIHAD FISSABILILLAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan