BERLIAN 1 : PELIHARALAH HUBUNGAN DENGAN ALLAH
JIKA HUBUNGAN YANG LAIN BERMASALAH..
ALLAH segala-galanya..
Balasan bagi amal soleh yang dilakukan oleh orang yang beriman ialah kesejahteraan hidup didunia , tidak kira sama ada banyak harta @ tidak . Kerana kesejahteraan hidup tidak semestinya mempunyai harta yang banyak , mempunyai pangkat yang tinggi , mempunyai nama dalam masyarakat .. Sedangkan ada lagi cara @ method lain yang memberi ketenangan dan kebahagiaan selain dari harta yang banyak.. betul tak? cam ana sndiri , ana suka tgk langit klu ana susah hati . rsa lapang sgt..tp ada lg yg lbh tenang dari tu..nak tau dak ??nak..nak..nak..
Ketenangan yang ana maksudkan tadi ialah seperti bermunajat kepada ALLAH , berserah diri kepadaNYA , dan melakukan amal kebaikkan dengan ikhlas dan tujuan untuk dapat REDHA ALLAH ..apabila kita tenang dan bahagia , orang lain juga turut bahagia .. Selain tu..kita dapat kasihatan yang baik..sebb dah xtensin2 ..pastu ketenangan , kerelaan , keberkatan , keredhaan , keharmonian rumah tangga , kecintaan dalam hati..kasih sayang sesama saudara .. dan banyak lg la perkara2 positif akn bersama dengan kita ..berbuat baik sesama insan juga boleh memberi kebahagiaan yang tersendiri .. ingat tu.. eya..saya ingt akak..
jelajah mencari kebenaran
dari hati ke hati..
Ada 2 sifat buruk yang menolak manusia dari dalam .. iaitu sifat rakus dan tamak .. setuju tak ana cakap cmtu ? sbb sifat rakus dan tamak ini lah yang membawa manusia kearah kerugian .. pesanan untuk diri ana khususnya ..sebab ada pepatah melayu ada mengatakan bahawa siapa tamak...selalu rugi..mama ana pon selalau pesan pada ana ..
Dan kedua-dua sifat ini buruk ini boleh diatasi dengan cara-cara berikut ..:
- BERJIMAT ,pandai berbelanja serta bijak menguruskan kewangan ..
orang yang boros , yang suka berbelanja tidak akan pernah merasa cukup ..betul tak ..? bila ada duit skit , nk shopping ja ..bahkan dia akan menjadi semakin bakhil dan tamak ..
Hidup berjimat pula merupakan kunci kepuasan diri .. ada ungkapan mengatakan " merancang segala sesuatu adalah separuh dari kejayaan "
- JANGAN CEMAS DAN GENTAR menghadapi masa depan . kawallah angan-angan dan yakinlah masalah rezeki sudah ditentukan , jika rezeki telah ditentukan , maka ia tidak akan jatuh ke tempat lain .. bak kata orang " kalau dah ada jodoh , tak kemanenye.."
- MENINGKATKAN KETAQWAAN .. kerana ketaqwaan kepada ALLAH adalah syarat beroleh jalan keluar dari kesusahan sebagaimana dijelaskan dalm firman ALLAH TAALA yang bermaksud : " sesiapa bertaqwa , maka ALLAH akan memberi kepadanya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah mana yang tidak disangka-sangka " {S.AT-TALAQ : A. 2}
- BERPUAS HATI MENERIMA SEADANYA . Sifat ini adalah sifat yang terpuji , sedangka sifat tamak itu adalah sifat mazmumah .
- BACALAH kemudian hayatilah PERJALANAN HIDUP PARA ANBIYA' dan ORANG-ORANG YANG SOLEH ..terutama sekali dari sudut sikap dan akhlak mereka seperti sifat qana'ah , rendahnya hati mereka dalam menikmati hidup , dan kecintaan mereka terhadap akhirat . jadilah mereka sebagai ikon kita dalam kehidupan seharian kita , insha ALLAH ..
- PERHATIKANLAH insan - insan yang kurang bernasib baik dari kita .. insha ALLAH dengan itu akn wujud tawadhu' kita dihadapan ALLAH TAALA..
innallaha ma'ana..
RASULULLAH sering menyebut tentang CHENTA KASIH seorang ibu , kasih sayang seorang ibu adalah tauladan tetang kelembutan dan keagungan . ALLAH menjadikan seorang ibu sebagai mata air cinta yang sentiasa mengalir didalam darah anak-anaknya .
ALLAHU AHAD..
YAQUT 4 : BERPURA-PURA BAHAGIA ADALAH PENDERITAAN YANG DAHSYAT..
Jangan sekali-kali kita terikut dengan mereka yang suka berpura-pura , bersifat angkuh , serta suka hidup berfoya-foya dan berlebih-lebihan dalam hidup . kerana pada hakikatnya hidup mereka tak pernah lekang dari keluhan dan keresahan ..
Mereka yang sentiasa memburu kenikmatan dan kesenangan duniawi semata-mata untuk memenuhi dorongan nafsu , tanpa mengambil kira haram dan halal , sebenarnya mereka tak bahagia . sebab setiap oarang yang menyimpang dari aturan ALLAH , dan buat maksiat sesuka hati itu tidak akan mengecap kebahagiaan hidup dunia dan akhirat ..
Sahabat-sahabat mesti tertanya , napa ana letak pada setiap tajuk yang berbeza itu dengan berlian , yaqut , kristal , berlian? ok ..sebb bagi ana yaqut , berlian dn sebgainya tu kerna barng2 ni diantara perhiasan yang berharga di bumi ALLAH ni ..betul tak ?barang2 ni berharga , ramai yang bergadai harta dan nyawa semata-mata ingin memiliki benda ni dan hanya org2 tertentu ja yang dpt milik benda2 mahal ni.. mcm tu jgk AGAMA ALLAH ini..ISLAM itu indah , apabila ada tangan2 kotor yang cuba untuk meruntuhkan AGAMA ALLAH , pasti insan-insan yang beriman dan beramal soleh akan mempetahankannya dengan harta dan jiwa mereka semata-mata nak tegakkan AGAMA ALLAH yang suci ini .. dan hanya insan2 terpilih sahaja dapat keindahan nikmat IMAN DAN ISLAM ini...
WALLAHU A'ALM..
WANITA SOLEHAH mutiara dunia hadiah dari SANG PENCIPTA..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan