Berjalan diatas dunia ini , pelbagai jalan yang kita temui .. Ada jalan yang sempit , jalan yang luas , jalan yang sesak , dan jalan yang lapang ..tapi kebanyakan manusia mereka memilih jalan yang luas dan lapang ..dan ada juga sebahagian manusia memilih jalan shoutcut ..supaya cepat sampai ke destinasi yang hendak di tujunya ..
Namun hakikatnya , manusia cuma ada dua jalan pilihan menentukan arah tuju pengakhiran hidup .. dan jalan itu bukan jalanraya yang terdapat diatas muka bumi yang fana ini , dan jalan itu ditempuhi setiap hari , setiap saat , setiap minit . dan hakikatnya manusia tidak boleh menentukan jalannya sendiri kerana jalan itu telah ditentukan sejak azali lagi . dan hanya ALLAH memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan yang lebih bijak ..
Maka , apakah dua jalan itu ?
Dua jalan itu adalah syurga dan neraka ..!!
keindahan iman ..
Hidup berdiri diantara dua jalan tunggal :
Sememangnya tidak dapat tidak , manusia hanya ada dua jalan sahaja . Tiada jalan ketiga , keempat atau kelima .. kerana memang itulah jalan yang disediakan oleh ALLAH TAALA buat para hambaNYA , . jalan yang membezakan diantara manusia yang baik , yang beriman lagi patuh atas segala perintah ALLAH dengan manusia yang jahat dan ingkar dengan perintah ALLAH lagi ingin melawan kekuasaan ALLAH TAALA ..
Dua jalan tersebut ada jalan yang tunggal ..!!
" dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman [ lelaki dan wanita ] apabila ALLAH dan RASULNYA menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara ( tidaklah harus mereka ) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka , dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum ALLAH dan RASULNYA maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata .." { AL-AHZAB : 36}
Sekali-kali manusia tidak akan pernah mebuat jalannya sendiri kerana manusia itu hamba .. dan bukan Pencipta , makanya syurga dan neraka adalah pilihan ditangan manusia ..
Antara jalan yang sempit dan jalan yang luas :
Antara jalan yang sempit yang dipenuhi onak dan duri , paku ,kaca , bara api yang sama waktu dengannya .. dan jalan yang luas , lapang serta selesa ..jalan yang manakah yang akan menjadi pilihan anda ?? tepuk dada tanya iman ..
Mesti ramai yang nak pilih jalan jalan luas dan lapang .. betul tak ?? terlalu sedikit untuk memilih jalan yang sempit ..Namun yang sempit itulah yang menjanjikan keindahan apabila sudah sampai ke penghujungnya .. Manakala jalan yang luas tadi pelahan-lahan akan membongkarkan kesengsaraan apabila telah sampai ke penamatnya .. tapi kalau jalan shoutcut pon ramai jagak ..
kelihatan seperti keraskah?? tidak ..kerna sabdaan RASULULLAH s.a.w yang bermaksud :
{ Daripada Abu Hurairah r.a , Nabi s.a.w bersabda : " jalan ke syurga dibentangi perkara-perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat (HR Bukhari dan Muslim }
jadi kita sekarang berada dijalan mana ?yg luaskah?sempitkah?
Sahabat , bukan senang untuk menjadi senang ,
dan bukan susah nak jadi susah ..
Jadi nak pilih yang mana ? susah ka.. senang ..
senyum sikit...
salam ukhuwah fillah ..
Sekali melangkah , maka bersedialah .. :
Jalan menuju ke syurga itu memang telah dijanjikan dengan kesakitan , tangisan ,ujian dan pelbagai lagi kedukaan yang akan dirasai . namun bersama kedukaan itu diselit dengan ketenangan yang sangat mendamaikan ..? hebat bukan ?
Mnakala jalan neraka itu , dijanjikan kesenangan ,gelak tawa , kegembiraan yang tidak menghiraukan akhirat . akan tetapi terselit bersamanya itu kegelisahan dan keresahan yang akan menyerang empunya hati siang dan malam .. lihat??
{ Daripada Abu Umamah r.a , Nabi s.a.w bersabda : " bertakwalah kepada tuhan kamu , tunaikanlah solat lima waktu kamu , berpuasalah pada bulan kamu ( ramadhan ) , tunaikanlah zakat harta kamu , dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu nescaya kamu memasuki syurga tuhan kamu .} [HR Al-Tarmidzi]
mungkin ada sebahagian sahabat yang berkata :
"eleh..cakap senanglah .. cer buat tengok ..!!
hello... sahabat ..ana dan sahabat sedang berusaha , dan tidak akan pernah ana kata bahawa itu suatu yamg senang .. masakan tidak RASULULLAH s.a.w sendiri menyatakan bahawa jalan itu penuh duri.??
ingatlah..usaha perlukan mujahadah !!
sinaran hidup..
Mari menjadi anak AKHIRAT .. :
Anak dunia dan anak akhirat tersangat banyak perbezaanya ..
Maka marilah kita berusaha sehingga berjaya untuk melakukan ibadah dan kebaikan sebagai kunci dan alat untuk mengetuk pintu syurga .. untuk mendapatkan kunci itu memang susah , namun bantuan ALLAH TAALA sentiasa akan tiba buat hambanya yang berusaha untuk menujuNYA ..
ANA YAKIN ITU ..!!
Sahabat .. seburuk dan sehina mana pun kita dipandang manusia , biarlah kita mulia pada pandangan ALLAH . biarlah ALLAH yang mengadili kita bagaimana meskipun kita dicemuh dan diumpat oleh masyarakat .
Tak perlu kita menjerit-jerit untuk mengkhabarkan kepada ALLAH tentang keadaan kita , kerana DIA memang tahu , Dan kita sendiri tahu itu . yang perlu dan mesti ..tidak dapat tidak ..!! kita harus beriman dan yakin pada kekuasaan ALLAH taala ..
melakukan kelakukan , biar istiqomqh dengannya..!!
KESAKITAN ?? jangan lupa sahabat-sahabat , NABI juga merasa sakit dijalan syurga ..dan kesakitan BAGINDA tidak setanding dengan kesakitan kita yang sikit pada hari ini ... SOLLU A'LAN NABI..
Jalan manakah yang akan menjadi pilihan ..??
syurga ??
pimpinlah ana bersama kalian wahai sahabat..
senyum selalu..
semoga ALLAH merahmati kita semua..
insha ALLAH..
AMEEN YA ROBBAL A'LAMIN..
MUSLIMAH SOLEHAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan