ALHAMDULILLAH..sehari suntuk jari ana xbgerak dalm blog ana ni sbb dok cari sesuatu yg manfaat untuk dikongsikan bersama sahabat sahabiah ana yang ana sayangi..akhirnya PERJALANAN DAKWAH ini telah buka idea ana utk berkongsi cerita dan pendapat bersama kalian..Alhamdulillah...
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..PENCIPTA seluruh alam termasuklah diri ana yang hanya seorang hamba ALLAH yang dhaif lagi serba kekurangan ini..
Ku panjatkan setinggi2 pujian pada SANG PENCIPTA diri kerna dengan izinNYA jemari ana masih mampu bergerak di atas keybord ini untuk terus kan perkongsian ilmu bersama sahabat sahabiah ana..
Jutaan syukriya {terima kasih} kepada mama dan ayah ana yang sentiasa mencurahkan kasih sayang pada ana dan juga menerapkan didikan AGAMA YANG TERAGUNG dalam hidup ana sejak ana lahir ke dunia yang sementara ini..
Terima kasih jga untuk sahabt2 ana yang yang mgajar ana buat blog ni...tanpa kalian , blog ni pasti xkan wujud..terima kaseh jga krna sudi memberi sokongan pada ana untuk teruskan perjuangan bisu dimedan ILMIAH..syukran sahabat2...
jangan mnyimpang dari jalan lurus..
Dalam bab ini ana akan mgutarakan beberapa ayat suci ALQURAN yang mengandungi penekanan dan galakan terhadap DAKWA DAN AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR..Dan juga sedikit konklusi dari ayat tersebut..
Menerusi ayat-ayat tersebut,kita dapat anggarkan bahawa ALLAH TAALA begitu ambil berat tentang DAKWAH DAN JUGA AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR ..sehingga ALLAH mengulanginya berkali-kali melalui firmanNYA yang suci dengan pelbagai gaya. Lebih kurang 60 ayat yang mngandungi galakan terhadap AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR dan penerangan sifat-sifat DA'EI {pendakwah}..Sekiranya seseorang itu baca dan kaji dengan teliti,mungkin lebih banyak lagi ayat yang akan ditemuinya..
genggamlah sekuat mungkin..
Diantara ayat-ayat suci ALQURAN {terjemehan} yang menekankan tentng DAKWAH DAN AMAR MA'RUF NAHI MUNKAR ialah...:
< AYAT 1 >
- " Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ( mentauhid dan mematuhi perintah ) ALLAH dan dia sendiri mengerjakan amal soleh sambil berkata " sesungguhnya aku adalah kalangan orang ISLAM ( yang benar-benar berserah kepada ALLAH ) " {S.AL-FUSSILAT :A.33}
= Mafhumnya ; Para mufassirin menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menyeru manusia kepada ALLAH dengan apa cara sekali pon,maka dia berhak mendapat berita gembira dan penghormatan ..misalnya PARA NABI a.s menyeru dengan mu'jizat dan sebagainya..para ulamak dengan dalil dan hujah , para mujahid dengan pedang , dan para mua'zzin dengan azan..
Ringkasnya , sesiapa sahaja yang n=mengajak seseorang itu kepada kebaikan , maka dia termasuk dalam maksud ayat ini . samada dia mendakwah kepada amal-amal zahir ,atau kearah amal-amal batin..
<AYAT 2>
- " Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman " { S.AZ-ZARIYAT :A.55}
= Mafhumnya : Para mufassirin menyatakan bahawa maksud ayat ini ialah memberi peringatan ( berdakwah) dengan membacakan ayat-ayat ALQURAN . Manfaatnya kepada orang mukmin sememangnya jelas . malah dengan cara tersebut manfaat akan diperolehi oleh orang kafir juga kerana insha ALLAH dengan sebab itu mereka akan menjadi orang yang beriman dan akan menjadi sebahagian daripada orang yang dimaksudkan daripada ayat diatas . Manfaat dakwah melalui ceramah dan nasihat pada era ini sudah hampir luput..secara amnya maksud ceramah adalah kerana kebendaan dan kemasyhuran..
sedangkan RASULULLAH telah bersabda : " sesiapa yang mempelajari seni pidato untuk menarik perhatian manusia kepada dirinya , maka pada hari kiamat kelak segala amalan wajib dan amalan sunatnya tidak akan diterima "
<AYAT 3>
- " Dan perintahkanlah keluargamu ( dan ummatmu ) mengerjakan solah dan hendakalah engkau tekun dan sabar menunaikannya . kami meminta rezeki daripadamu ( bahkan ) kami lah yang memberi rezeki kepadamu . Dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi oarang yang bertaqwa " { S.TAHA : A. 132 }
= Mafhumnya : Ini menunjukkan bahawa kemurahan rezeki bergantung kepada kesungguhan mengerjakan solah . Begitu juga dalam berdakwah..sekiranya Dakwah itu dilakukan seiring dengan kesungguhan dalan mengamalkan segala segala yang disampaikan maka akan menyebabkan orang lain lebih terkesan serta lebih mengambil berat untuk mengamalkannya..
ALHAMDULILLAH..akhirnya selesai juga perkongsian ana bersama sahabat2..rasa tenang skit hati ana ni..semoga kita sama-sama ambil manfaat darinya..jika ana ada tersalah dalm perkongsian ilmiah atau ada yang nk tambah-tambah agar berkembang ilmu dan bertambah kita seharian..insha ALLAH..
selamt beramal ..:)
BalasPadameya..selamat beramal..syukran..
BalasPadamsinggah sini jgak.. selamat beramal yer ^^
BalasPadameya...selamat beramal,akhi..semoga btambah amalan seharian kita..
BalasPadam