ShoutMix chat widget

Ahad, 27 November 2011

:.mAhaR@MaHaL??.:










Alhamdulillah...sambil menahan kesejukkan di petang hari...meniti kesunyian hati...jari jemari ana masih mampu untuk menari rancak diatas keybord yang tampak usang ini ..

      Tadi masa ana dok dalam kuliah..ana ada sembang dengan sorang student mesir..saja sembang-sembang .. tunggu dokturah masuk kelas ..

{ gheja dok sembang .. tengok la kitab sebelum dokturah masuk .. ni dok sembang jaa .. ok ... baik ... ana tak buat dah lepas ni .. }

     Ok .. kita sambung cerita tadi .. tengah dok syok sembang .. masuk bab nikah .. {amboi .. galak noo .. hehe ..} dia ada tanya ana "enti makhtubah ??{awak dah bertunang ?}dengan malu-malu kucing ana jawab " ya,saya dah bertunang ... hati kecil ana mula bersuara ..[bertunang dengan ilmu kat sini ..] satu jawapan yang berani..hehe..

      ana tau sikit-sikit ja bab nikah ni .. pastu dia tanya tentang mahar .. ana just senyum ja kat dia .. dan dia cam faham-faham ja .. pastu dia ada habaq kata mahar depa kat sini agak mahal jugak la..mahal yang camna,ana tak pasti .. hati ana mula berkata " malaysia pun apa kurangnya.." tak sampai minit...dokturah pun masuk .. untuk curahkan ilmunya pada anak-anak yang menagihkan ilmunya ..





" SEBAIK-BAIK WANITA ADALAH YANG PALING MURAH MAHARNYA "
{HR : IBNU HIBBAN,HAKIM,BAIHAQI,AHMAD}


  Tepat sekali .. jika kamu berfikiran bahawa wanita paling baik adalah wanita yang maharnya paling murah . itu kalau yang berfikiran positif laa...

    tapi ana heran pada yang berfikiran negetif ni .. asal mahar murah ja ...

" napa murah sangat??mesti ada papa ni.."
" prgnt ka tu? "
" ish.. biaq betui .. murahnya .."
" smesti ibu bapa tak retu ni .."
" tak ada class .."

    Dan macam-macam lagi lah bualan manusia .. kadang - kadang letih telinga dok dengaq .. tak pasai-pasai kita pulak yang dapat dosa free ..





WAHAI SAHABAT SAHABIAH YANG ANA HORMATI SEKELIAN ..

       seharusnya kita sedar dan pernah tak kita terfikir waktu kita minta mahar yang mahal , sedangkan lelaki yang melamar kita tu tidak memiliki sesuatu yang kita minta .

 pernah tak kita fikir semua tu ?


    maka kamu telah kehilangan keberkatan dalam perkahwinan itu kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik untuk kamu iaitu sebuah pernikahan ..seharusnya kita sebagai wanita hendaklah mempermudahkan jalan bakal @ calon suami yang hendak melamar kita ..
                                    {kita laa...coz i tak kawen lagi..eaww....perlu ke bgtau?}

kerana itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w .. sebenarnya seorang wanita sangat memerlukan pendamping..xkisahlah pendampingnya itu samada suami , ayah , mama @ sahabat sahabiahnya ..apabila kamu tolak gara-gara wang hantaran yang sgt lah tinggi , sedang lelaki itu seorang muslim yang soleh maka teramat rugilah kita yang hanya mementing harta ..





SAHABAT SAHABIAH YANG ANA SAYANGI SEKELIAN ..


 mudahkanlah bagi seorang wanita tentang maharnya ..janganlah kamu meremehkan harga mahar tersebut..dengan memberi mahar yang ala kadar sahaja .. sebab apa yang ana takutkan ialah apabila maharnya itu dipersulitkan dengan meletak satu nilai yang agak tinggi maka apa yang dirisaukan ialah kemaksiatan..sebab nak kumpul satu nilai yang tinggi tu bukan senang..lain lah kalau calon suami kita tu orang senang... maksiat yang ana maksudkan kat sini ialah samada :


  • pinjam kan ah long..
  • buat pinjaman bank..
  • pinjam kat family {kdg2 dengan berhutang,hubungagn keluarga akan jadi jauh}
  • pinjam kat sahabat..
  • kawen lari dengan ambik jalan yang sangat mudah..


malam pertama bahagia dengan isteri ..
tapi suami dok pening pikiaq hutang nak langsai camna ..


syian suami ana ..
{mengada hang noooo........ngeee....}


seharusnya kita sedar bahawa mahar itu bentuk penghargaan yang memuliakan wanita .. brtapa Rasulullah s.a.w memuliakan wanita ..






Abu Salmah bin Abdurrahman bertanya kepada A'syah R.anha :
" berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah? "

A'syah r.anha menjawab :
" mahar yang baginda berikan pada isteri-isterinya 12 uqiah denagn nasya .. "
"apakah kamu tahu apa itu nasya ? "
Abu Salmah menjawab :
" tidak .. "
kata A'syah r.anha :
" nasya itu ialah setengah dari uqiah , maka nilainya dalam 500dirham .."
begitulah mahar Rasulullah s.a.w kepada isteri-isteri Baginda ..



kecuali bila lelaki tu tidak mempunyai harta , seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w kepada seorang pemuda  ketika dia hendak berkahwin , miskipun dia tidak memiliki apa-apa pun . maka Rasulullah menyuruhnya mencari cincin walaupun dari besi ..

sesungguhnya ISLAM amat memuliakan insan yang bergelar wanita ini .. 




SAHABAT SAHABIAH YANG ANA MULIAKAN SEKELIAN ..


sesunguhnya wanita sangat memerlukan pendamping .. sehingga tiada kebaikan dalam tingginya mahar@wang hantaran sehingga kamu tidak dapat mengecapi kebahagiaan dalam rumahtangga ..ini adalah kerana kamu menyukarkan dirimu dengan nilai hantaran...


lelaki juga memerlukan wanita sebagai pemelihara dirinya ..rumahtangganya..juga zuriatnya kelak..sehingga kamu sepatutnya memuliakannya dengan mahar yang tertinggi yang kamu mampu !





:.WaNiTa vs LeLaKi.:









   

WANITA ..

Senang dipujuk tetapi susah memujuk ..
senang nak moody tapi susah nak mengamuk..
senang nak berleter tapi susah nak marah...
senang nak jatuh hati tapi susah nak mencintai..
senang menangis tapi susah menderita..
senang dimengerti tapi susah memahami..







LELAKI ...

Susah untuk difahami tapi senang untuk memahami..
susah untuk meynayangi tapi mudah mencintai..
susah untuk memarahi tapi mudah menegur..
susah untuk setia tapi mudah bertahan..
susah untuk menagis tapi mudah tersentuh..







CINTA yang datang bagaikan BULAN..
menjadi teman dimalam hari..
BINTANG dilangit ku jadikan pedoman..
agar CINTA kita tetap bersemi..


CINTA kita tak pernah berkata-kata..
serta tidak pula menyerupai suara..
hanya pena menjadi tukang kata..
penghibur tika duka dan lara..





Rabu, 23 November 2011

:.sifat-sifat orang CEMERLANG.:









      ALHAMDULILLAH .. ku panjat sejuta kesyukuran diatas segala nikmat IMAN dan ISLAM yang telah ALLAH kurniakan padaku semenjak aku dilahirkan didunia yang penuh dengan ujian dan kenikmatan dunia yang tak pernah dari nikmat JANNATUL FFIRDAUS yang sentiasa menjadi idaman bagi setiap makhluk yang bergelar khalifah  , yang sentiasa beriman dengan SANG PENCIPTA dibumiNYA ini..dan ingatlah ! yang kita perlu itu adalah ALLAH .. SANG PENCIPTA  yang telah mencipta kita dengan penuh RahmatNYA.. YA ALLAH ..peliharalah hati-hati kami agar tidak pernah terpesong dari jalanMU..AMIN YA ROBBAL'ALAMIN...





     Berbalik pada topik asal yang cuba ana nak kongsi bersama sahabat sahabiah ana .. TENTANG KEJAYAAN .. bila ditanya tentang keyaan .. setiap orang menginginkan kejayaan dan kebahagiaan serta kecemerlangan dalam segala bidang kehidupan yang dilalui dan dialaminya , sama ada kehidupan kebendaan mahupun kehidupan kejiwaan dan keagamaan . 

    Individu yang berjaya mencapai matlamatnya dalam kehidupan ini adalah dengan berkat kejayaannya dalam mengurus kehidupannya . Ulama' - Ulama' silam telah mengariskan beberapa sifat orang yang ingin berjaya dan cemerlang dalam hidupnya yang membawanya cemerlang didunia dan di akhirat .

    Bagi seorang pelajar , kecemerlangan ini boleh diaplikasikan terhadao kecemerlangannya dalam pelajaran dari segi kurikulum dan ko-kurikulum .

    Manakala bagi seorang pekerja , kita hendak melahirkan pekerja yang cemerlang menurut aspek pekerjaan masing-masing . kalau dia pengarah atau pengetua sesuatu institusi ; dia adalah pengarah dan pengetua yang cemerlang mengikut piawaian institusi berkenaan .. termasuk juga dia bukan sahaja disenangi oleh orang-orang atasan tetapi juga disenangi oleh orang-orang bawahannya ..







:: Berikut adalah diantara siffat-sifat orang cemerlang seperti yang digaris oleh ulama' silam ..


{SIHAT JASMANI ..}

 = sihat yang dimaksudkan disini ialah sihat tubuh badan . tubuh yang sihat akan menghasilkan otak yang cergas , yang sangat diperlukan untuk melakukan kerja terutamanya yang melibatkan kita berikir .

     oleh itu orang yang cemerlang perlu menjaga kasihatannya . Islam mewajibkan orang yang sakit supaya berubat . kasihatan sangat penting kerana dengan mempunyai kasihatan yang baik , seseorang dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya dengan lebih sempurna . dan orang yang cemerlang tidak akan melibatkan dirinya dengan aktivviti-aktiviti yang tidak berfaedah ..

    



   {AQIDAH YANG SEJAHTERA}

   Orang - orang islam yang cemerlang sepatutnya boleh memahami ilmu tauhid .. 
   Mereka juga boleh memahami usul 50 iaitu :
  • 20 sifat-sifat wajib bagi ALLAH .
  • 20 sifat-sifat mistahil bagi ALLAH .
  • 1 sifat harus bagi ALLAH .
  • 4 sifat-sifat wajib bagi Rasul .
  • 4 sifat-sifat mustahil bagi Rasul .
  • 1 sifat harus bagi Rasul .
  Umat Islam sekarang banyak menghadapi cabaran-cabaran bentuk baru yang mengelirukan seperrti ideologi-ideologi moden , teori-teori dan falsafah-falsafah yang memuja kebendaan sebagai patung bentuk baru , mengubahnya dengan nama pesta-pesta hiburan . tanpa disedari dan memang disedari , telah bertindak keperingkat melampaui batas-batas iman dan tauhid .segala-galanya berpunca dari iman , yang disebut juga aqidah bahkan menjadi asasnya .

    Oleh itu fahamlah kita betapa pentingnya Iman dan betapa perlunya Aqidah itu untuk mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat ..




{IBADAT YANG TEPAT}

    Ramai yang beribadat tapi ditolak oleh ALLAH sebab ibadat yang dilakukan tidak mengikuti seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w terutama dalam ibadat solat .

    Ibadat solat fardhu 5 waktu sehari semalam perlu dilakukan dengan sempurna kerana ia merupakan tiang Agama . seeloknya solat fardhu dilakukan secara berjemaah . Apabila solat sempurna , insha ALLAH ibadah - ibadah yang lain akan sempurna kerana solat yang sempurna itu boleh mencegah kemungkaran ..

     Orang yang sembahyang tetapi masih lagi melakukan maksiat , masih melakukan perkara - perkara yang dilarang oleh ALLAH seperti tidak menutup aurat ,  ini menunjukkan solatnya itu perlu disemak semula . sudah pastilah solatnya itu tidak sempurna .






{AKHLAK YANG JITU}

   Orang yang cemerlang dituntut untuk memiliki akhlak yang mulia dan terpuji . kita perlu berakhlak baik dengan PENCIPTA dan berakhlak baik juga pada yang dicipta iaitu semua makhlik ALLAH .

   Sesungguhnya orang yang hanya cemerlang dalam akedemik  tetapi mempunyai sifat yang buruk seperti tidak menghormati guru suka membuli dan sebagainya tidak diketogorikan sebagai orang yang cemerlang .

    Perkara ini banyak berlaku , orang seperti ini apabila bekera dengan jawatan tinggi berpotensi melakukan berbagai penyelewengan seperti rasuah , penyalahgunaan kuasa dan berbagai jenayah kolar putih yang lain . antara mereka ada yang sanggup mengedar dadah gara-gara ingin hidup seperti orang mewah . orang seperti ini amat merugikan negara .. (dan ana yakin insana yang ada dihadapan ana ini tidak tergolong dalam dalam golongan tersebut..insaha ALLAH..)







{MENENTANG HAWA NAFSU}

    Setiap manusia mempunyai nasu yang sentiasa mempengaruhi manusia , menyukai perkara yang dilarang oleh ALLAH . antara nafsu yang kerap mempengaruhi manusia ialah nafsu makan , nafsu tidur , nafsu ketawa , nafsu berhibur dan sebagainya . kalau boleh elakan perkara tersebut menjadi sebati dengan diri kita .. yang singkatannya ialah 3K .. 
  • kuat makan .
  • kuat tidur atau berehat .
  • kuat ketawa atau berhibur .






{MEMANFAATKAN DIRI UNTUK ORANG LAIN}

" Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak menfaatnya pada orang lain .."

     Bagi orang seperti ini kehadirannya amat disukai dan kehilangan amat dirasai . orang lain yang dimaksudkan disini ialah orang selain diri kita seperti ibu bapa , guru , kawan dan sebagainya . individu yang mempunyai sifat seperti ini selalunya bersiffat ringan tulang yang suka menolong orang lain dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang ganjaran ..





Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan sifat-sifat yang telah ana kongsikan bersama sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian .. agar kita tergolong dalam golongan orang - orang yang cemerlang .. insha ALLAH..






RENUNG-RENUNGKAN .. SELAMAT BERAMAL ..







UHIBBUKUM FILLAH ....!!!











Isnin, 14 November 2011

:.TaHuKaH aNdA?.:











     Sering kita dengar perbualan dikalangan remaja..dewasa..mahupun yang sudah berumur..


"awk,awak pakai krim apa ya?cantikla wajah awak.."

"wey..hang pakai susuk eh..aku nak cucuk gak.."

"datin,datin cucuk botox kat hospital mana ya?mesti mahal kan.."

"licinnya kulit wajah awak..buat pembedahan eh.."


    Dan macam-macam lagilah karenah manusia ni..tak cukup dengan wanita..lelaki pun sama naik...nak botox jugak..nak cucuk sana..cucuk sini...aduhhh....dunia....dunia..








      Semua tu membazir ja...ana ada nak kongsi satu tips yang sahabat-sahabat pun tak sangka...dan ana yakin dan pasti sahabat-sahabiah pasti akan kata " ish....tak sangka nooo.....so simple.." sebanyak 44kali..hehe....gurau ja...gurau dilewat malam....nak cari mood study....ok...baik...teruskan..

     Okey...apa yang ana cuba nak kongsikan disini ialah about FADHILAT WUDHUK ... dengan berwudhuk , kita akan memiliki wajah yang berseri-seri...tak perlu guna pencuci muka yang mahal-mahal..tak perlu nak membazir harta untuk cucuk botox...cucuk sana...cucuk sini..cuma kena bayaq bil ja sebulan sekali..

AIK ..??? AMBIK WUDHUK PUN ADA KELEBIHAN ..?

ada sayang...nak tau dak? - .. nak..nak...

    Okey .... fadhilatnya berbunyi begini....ehemm....





Bangun awal pagi untuk solat subuh..
Air wudhuk yang kena pada wajah mampu menegangkan kulit wajah ..
{ tengok..xperlu nak cucuk botox kan..dah jimat,boleh buat simpanan bulanan }






Menunaikan solat zohor ditengah hari .
aiar wudhuk yang kena pada wajh mampu mencerahkan mata..
{ tengok...simplekan..tak perlu susah payah nak beli@pakai kanta mata,lgpn banyk risikonya }






Tidak melalaikan untuk solat asar pada waktu petang.
air wudhuk yang kena pada wajah mampu membersihkan kekotoran dan jabuk disiang hari.
{simple kan..}






tidak melengahkan solat maghrib.
air wudhuk yang kena pada wajah mampu menghilang bau di hidung dan mulut .





sentiasa ingat untuk solat isyak ..
air wudhuk yang  menyentuh pada wajah mampu menceriakan wajah dari kemungkaran..






indah kan ISLAM tu ..
setiap perkara yang digariskan oleh syara' pasti ada kelebihannya..
banyak sangat rahsia-rahsia dan kebaikan yang kita tak tau ..
tapi sayang ..
ramai yang belum menyadarinya ..






I LOVE U .. ISLAM ..







WALLAHU A'LAM ...





SELAMAT MALAM ...












Sabtu, 12 November 2011

:.rInDu TaNgAn iTu.:









       Alhandulillah....Allah masih mmberi keizin pada ana untuk meng-update blog ana yang agak lama ana tinggal membiar dia keseorangan tanpa berita...sobb....sobbb....syian dia...mmmm....

       Dan syukur jua pada ALLAH ta'ala dengan belas ehsannya selamat sampai juga ana kembali di bumi anbiya' yang penuh barakah ini..untuk teruskan pejuangan ana disini..

      Ana ada satu cerita nak cuba kongsi dengan sahabat-sahabat yang ana kasihi sekelian..pengalaman pertama seorang gadis..ceritanya berbunyi begini..






      Setelah cuti 3bulan lamanya berada ditanah air....macam-macam yang bersarang dalam hati ni..nak balik ka tak mau balik - nak balik ka tak mau balik..macam - macam syaitan dok hasut hat kecil gadis ni..gadis ni rasa letih sangat dok layan emosinya sendiri..last-last 2 - 3 hari nak sebelum berangkat ke medan pejuangan,air mula pecah dari empangan mula membanjiri pipi gebu..seperti banjir di Thailand-Bangkok..akhirnya gadis itu melepas jua tekanan dihatinya air matanya tidak henti mengalir,..aduhh.....memang tekanan sangat waktu tu..

       Hadir sepasang tangan yang bernilai harganya meyapa lembut dipipi gebu gadis itu..cuba memujuk...mencurah kata semangat untuk teruskan pejuangan di bumi anbiya'.." akak,akak kena teruskan pejuangan akak kat sana,ALLAH sentiasa bersama orang yang sentiasa mencari keredhaanNya ,kak..pi sana niat nak ngaji ja,..mama tak ada papa nak bagi kat kakak..mama cuma bagi kakak agama dan ilmu..segala kemudahan kakak,mama support..mama tak minta kakak bayar balik semua harta yang mama currah pada kakak,mama cuma harap kakak berjaya dalam kehidupan kakak dunia dan akhirat







     Air mata si gadis itu semakin laju membasahi ladang pipi,semakin erat tangan mama menggenggam jemari anak gadisnya.." akak...tak mau nagis-nagis..akak dah besar kan..." " mama,akak tak puas lagi manja-manja ngn mama..kakak tak kenyang lagi dengan setiap suapan dari tangan mama,..kakak tak mau jauh ngn mama..mama..jom ikut kakak duk sana,mama.." pujuk si gadis itu..comel je...." kakak..xboleh la camtu..kakak jangan nagis lagi naa..nanti mama nagis sapa nak pujuk mama pulak.." guurau mama sambil memeluk erat tubuh kecil anak gadisnya..

     Sahabat sahabiah ana mesti dah boleh agak kan sapa gadis tu..gadis tu ialah ana..seumur hidupa ana,ana tak pernah langsung berengang dengan mama ngn ayah ana..dari ana kecik sampai ana remaja sekarang..pernah sekali ana dok kat kampung,tak sampai sehari..ana demam..esok ayah ana mai ambik balik rumah..demam rindu la kata kann....


     Point dan apa yang cuba nak luah kat sini...sekarang ana rindu sangat mama n ayah ana..rindu sangat-sangat..dekat sini baru sedar betapa berharganya mama n ayah disisi ana..tangan ayah yang memujuk ana disaat ana merajuk..tangan ayah juga yang berkerja kuat untuk sara ana supaya jadi insan yang berguna,insan yang berjaya dunia akhirat..dan tangan ayah jua lah yang menarik tangan ana disaat ana jatuh rebah tersungkur menghadapi kesusahan..

    Mama...pengorbanan mama terlalu berharga..tak dapat dibayar dengan emas dan perak..tangan mama yang membelai tidur malam ana...tangan mama yang sentiasa memujuk ana disaat ana menangis..tangan mama jua yang sentiasa menyejukkan hati ana yang panas..tangan mama yang menarik ana dari hanyut dalam gelombang dunia..dan tangan itu jua lah yang mengajar ana erti kehidupan ini..

Mama ... Ayah..akan ku kenang seuumur hidupku..Ya ALLAH....jangan KAU biarkan aku lalai dengan tanggungjawabku YA ALLAH..Ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapaku ya ALLAH..irngilah mereka dibawah rahmatMU ya ALLAH...kasihilah mereka seperti mana mereka mengasihiku ketika aku kecil ya ALLAH..




AJAIBNYA TANGAN IBU..

ketika kita lapar..tangan ibu yang menyuap.
ketika kita haus..tangan ibu yang memberi minum.
ketika kita menagis..tangan ibu yang mengesat air mata.
ketika kita gembira..tangan ibu yang memeluk kita erat dan menadah kesyukuran.
ketika kita mengantuk..tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang.
ketika kita mandi..tangan ibu yang membersihkan tubuh dari kekotoran.
ketika kita dilanda masalah..tangan ibu yang membelai duka.

NAMUN...

ketika ibu sudah tua dan kelaparan..tiada tangan dari anak yang menyuap.
dengan tangan ibu yang mengeletar..ibu menyuap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata.
ketika ibu sakit..di mana tangan anak yang ibu harapkan merawat sakit ibu?
ketika nyawa ibu terpisah dari jasad..
ketika jenazah ibu dimandikan..
dimanakah tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir..

tangan ibu...tangan ajaib..
sentuhan ibu...sentuhan kasih..
boleh membawa ke syurga firdausi..
ciumlah tangan ibu..
sebelum ibu pergi menemui ILAHI..
dan tak akan kembali..





Mama...Ayah...kakak tak akan pernah lupakan segala pengorbanan mama ngn ayah..
kakak xkan biarkan kad memori ingatan kakak lupakan mama ngn ayah..
mama ngn ayah sentyiasa ada dihati kakak...
sebab kakak kan anak gadis dan anak manja mama ngn ayah..