ShoutMix chat widget

Isnin, 3 Oktober 2011

{ TAUTAN HATI KERANA ALLAH }





SERIKANDI  AGUNG..







keindahanmu tingginya malumu..










       Jatuh yang tidak ada orang yang simpati ialah jatuh cinta .. kerna jatuh cinta itu adalah satu perkara yang indah dalam kehidupan manusia .. akan tetapi jatuh tangga , jatuh motor , jatuh basikal , jatuh pokok amat menyakitkan .. betul tak ..??

      Tak ada sesiapa pun yang dapat lari dari menyintai dan dicintai . ada yang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang juga ada yang terhumban ke dalam neraka kerana cinta ..



dirimu terlalu berharga...


CINTA YANG BAGAIMANAKAH YANG BOLEH MEMBAWA KE
SYURGA atau NERAKA..???



TAUTAN HATI KERANA NAFFSU

     
       CINTA ialah satu perasaan yang ada di dalam hati dan ia tidak boleh disukat . hati yang merasainya akan terhibur dan ada juga yang terseksa , datangnya Cinta itu adalah daripada dua sumber iaitu NAFSU dan dari ALLAH TAALA ..

       CINTA yang di ilhamkan oleh nafsu berlaku apabila hati itu kotor , sering melakukan dosa dan tidak mahu bertaubat . jika sifat-sifat keji sepertu seperti riak , sombong , hasad edngki , dan sifat jahat lain yang bersarang didalam hati tidak dikikis , ketika itulah nafsu  yang akan menerajai diri sehingga tubuh badan wanita sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya ..

      Contohnya lelaki akan jatuh CINTA pada wanita yang mendedahkan kecantikan sehingga tubuh badan wanita itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya ..

     Begitu juga wanita , jatuh CINTA pada lelaki kaya , hensem , macho , bergaya ,dan lain-lain keistimewaan yang disukai oleh nafsu ,Mereka menghulurkan CINTA dengan harapan dapat menumpang kekayaan dan kemewahan hidup lelaki tersebut .

    Apabila dua CINTA yang dilahirkan oleh nafsu saling bertaut , ia akan melahirkan bibit CINTA . Daripada surat ,talifon , ziarah , keluar makan ,berdua-duaan ditaman bunga , nak melepaskan rindu yang bersarang dihati . Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa saja untuk membuktikan rasa CINTA kepada pasangan masing-masing .

     Akhirnya , apabila dah berlaku perzinaan .si wanita tadi dah berbadan dua ..serta merta sayang lelaki itu pun hilang entah kemana ..bak kata pepatah " habis manis ,sepah dibuang " masa tu menangis air mata darah pun dah xleh nak ubah kembali kepada yang asal ..

     Lelaki pula , ada duit , abang sayang ..tak ada duit , abang melayang ..Itulah FALSAFAH CINTA NAFSU .. CINTA yang hanya kerana nafsu semata-mata . CINTA inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara .. sehingga mereka sanggup membunuh diri kerana CINTA , sanggup buang keluarga kerana CINTA , sanggup menyeksa diri kerana CINTA .

    Andai CINTA NAFSU bertahan hingga ke jinjang pelamin ia tetap akan menyeksakan ... percaya tak ??
   
       Kerana suami hanya CINTAkan isteri ketika isteri masih muda , seksi , solid , manja ..apabila isteri dah tua , dah tak manja , badan pon dah berisi , kulit dah berkedut  , ranbut pun dah semakin putih , maka CINTA suami akan beralih arah pada pada wanita yang lebih menarik .. Hilanglah CINTA suami , menderitalah sang isteri yang hilang perhatian dari suaminya . apatah lagi si suami berkepit dengan wanita lain dihadapan mata ..

      Begitu juga isteri , mereka CINTAkan suaminya selagi dia mampu memberi kebahagiaan dan menunaikan segala keinginan nafsunya . Andai suaminya hilang kuasa , miskin , muflis , @ masuk penjara .. serta merta CINTAnya juga akan hilang . sebaliknya ,berbakul-bakul kebencian makian yang dilemparkan kepada suaminya .

     Kesannya , berlaku pergaduhan , bermasam muka , dah tak ada homat menghormati antara satu sama lain , rumahtangga berantakan dan hanya tunggu masa untuj berkubur ..

    Ketika itu tiada lagi pujuk rayu , cumbuan mesra sebagaimana ketika CINTA sedang membara .. itulah penangan CINTA nafsu yang menyusahkan manusia ..



sweet couple..


TAUTAN HATI KERANA ALLAH..


      CINTA yang dialirkan oleh ALLAH kedalam hati , itulah CINTA yang sebenar , suci dan murni . CINTA yang tidak dapat diukur melalui pandangan mata , tetapi diukur dengan pandangan ALLAH .

      CINTA seperti ini tif=dak mengenal erti , pangkat darjat , harta kekayaan , dan kedudukan tinggi ,kerana ia datang daripada ALLAH , dan mendapat keredhaan ALLAH ..

      Ia boleh berlaku diantara lelaki dengan lelaki , wanita dengan wanita ,lelaki dengan wanita , murid dengan gurunya , suami dengan isteri , rakyat dengan pemimpin , sahabat dengan sahabat ..ummat dengan NABINYA , dan yang paling tertinggi ialah antara hamba dengan SANG PENCIPTA ..

     Jika ia berlaku diantara lelaki dengan wanita yang tidak terikat dengan perkahwinan , mereka tidak akan terdorong untuk berjumpa , bercakap atau melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan kemahuan ALLAH taala ..

     CINTA begini ada dicerita didalam hadis , iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah demgan sahabatnya kerana ALLAH ,maka mereka akan mendapat perlindungan a'rasy ALLAG dipadang mahsyar .

     Jika CINTA itu lahir diantara suami isteri ,maka isteri akan ,eletakan seluruh ketaatan kepada suaminya , berkhidmat dan melayan suaminya tanpa rasa jemu , CINTAnya tidak akan berbelah bahagi sama ada suaminya miskin , muflis , kaya , berpangkat dan sebagainya .

    Begitu juga bagi sang suami , CINTAnya kepada isterinya tidak kira sama ada isterinya muda atau tua , Selagi isterinya taat dan patuh kepada ALLAH , dia tetap akan mengasihi , menyayangi dan mencitai isterinya ..



kehilangan ..


PENDERITAAN KERANA CINTA


       CINTA yang datang daripada ALLAH akan meletakan ALLAH dikedudukan yang tertinggi dan keutamaan . Apabila berlaku pertemuan diantara CINTA ALLAH dengan CINTA makhluk . maka CINTA ALLAH lebih diuatamakan .

      Contohnya , seorang isteri terlalu menyayangi suaminya , Tiba-tiba suami melarang si isteri untuk menutup aurat , sedangkan ALLAH mewajikan untuk menutup aurat , Maka kecintaan kepada ALLAH itu akan mendorongnya untuk melaksanakan perintah ALLAH walaupun si suami tidak suka atau dia mungkin akan kehilangan suaminya yang amat dicintai . keraan Jika dia menurut permintaan suaminya , itu beerti CINTAnya pada ALLAH hanya palsu ,dan tidak bersumberkan ALLAH bahkan ia datang daripada CINTA nafsu . betul tak sahabat-sagabat ana yang dirahmati ALLAH ?

       CINTA yang datang dari ALLAH menjadikan seseorang itu sentiasa taat patuh dengan perintah ALLAH dan rasa takut untuk melanggari perintahnya .seorang yang sudah memperolehi CINTA ALLAH , maka CINTA yang lain menjadi kecil dan rendah padanya . 

       Terdapat sejarah dunia yang dah terlalu mahsyur dan kita dah ma'ruf tentang cerita tersebut .. sejarah yang mana menceritakan tentang CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf a.s . sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar terhadap Nabi Yusuf a.s , beliau sanggup menduakan suaminya . apabila Nabi Yusuf menolak keinginannya , beliau memaksa Nabi Yusuf menerimanya sehingga baju baginda koyak . akibat peristiwa tersebut , Nabi Yusuf terpaksa masuk penjara , tinggllah beliau memendam rindu kepada Nabi Allah Yusuf .

     Penderaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan beliau berubah . Daripada seorang wanita yang cantik , sehinggalah menjadi seorang wanita yang kurang cantik . matanya buta kerana terlalu banyak menangis , kerana kenangkan Nabi Yusuf .

    Akhirnya datang belas ehsan dari ALLAH terhadapnya , lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf a.s mengahwini ZULAIKHA setelah ALLAH mengembalikan penglihatan dan keremajaan dan kecantikan seperti dulu . peliknya , apabila Zulaikha mengenal CINTA ALLAH , masanya banyak  dihabiskan bermunajat kepada sehingga beliau terlupa untuk melayan kemahuan suaminya Nabi Yusuf a.s yang berhajat kepadanya ..

     Dan akhirnya Nabi Yusuf terpaksa menunggunya sehingga beliau selesai menghabiskan solatnya .apabila kesabarannya hampir hilang , Nabi Yusuf terus menarik pakaian Zulaikha sehingga koyak sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zulaikha suatu ketika dahulu ..



dalam tegas ada kasih sayang..


KENMUNCAK CINTA..


       Begitulah CINTA yang datang daripada nafsu dapat dipadamkan setelah CINTA ALLAH hadir dalam hati . CINTA ALLAH ialah CINTA yang tertinggi . Kemuncak CINTA ini ialah disaat pertemuan yang indah dan penuh rindu disyurga yang dipenuhi dengan kenikmatan .

      ALLAH mencipta ana , sahabat-sahabat ana , dan semua makhluk dalam bumi ini yang bergelar manusia ,dan kemudian memberi segala kenikmata seperti sehat , gembira ,suka duka dan sebagainya , samada kita sedar atau tidak ,DIA tetap memberikan rahmatnya kepada kita..

"  kalaulah kamu menghitung nikmat-nikmat ALLAH , nescaya tidak terhitung  "
betul tak sahabt?




CINTA YANG SEMAKIN MELUAP.

 "TAK KENAL MAKA TAK CINTA "


      Besar sunnguh jasa ALLAH pada kita , yang mencipta kita , menghidup dan memberi rezeki kepada kita , perkahwinan suami isteri dan sebagainya dan memberi keizzinan untuk kita menjalani hidup dengan aman dan bahagia .

     Oleh kerana itu , amat biadablah jika kita mengambil semua pemberian ALLAH tanpa mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepadaNYA sedangkan hanya DIA saja yang boleh mendatangkan kesusahan dan kesenangan kepada kita dengan kehendakNYA .

     Oleh itu , orang yang beradab , akan malu kepada ALLAH , CINTAnya hanya tertumpu kepada ALLAH dan setiap saat rindunya hanya tertumpu kepada ALLAH . dan kerana CINTAnya terlalu mendalam , dia akan berkata :

" wahai Tuhanku, aku menyintaiMU bukan kerana takutkan nerakaMU ,
tetapi kerana ZATMU.
aku rela masuk neraka jika itu kenahuanMU "
  

       Apabila keadaan tersebut dapat dilakukan , maknanya tidak penting lagi jika suami mahu kawen lain yang penting ialah CINTA kita pada ALLAH tidak terluka , tetap utuh malah semakin meluap ..






p/s : tak salah untuk kita menyintai dan menyayangi seseorang , tapi jangan terlalu obses .
       begitu juga dengan CINTA dunia .,berpada-padalah ketika berCINTA , kerana CINTA dunia tak 
       pernah kekal lama .. ia pasti akan lenyap ..
       berhati2lah dengan Cinta dunia ..
       kerana CINTA akhirat kekai selamanya ..
      semoga sahabat-sahabt ana dirahmati ALLAH selalu ..
      jika perkongsian ana ada yang silap atau kurang mana2 sila tegur ana ya ..
      kerana ana insan yang serba kekurangan..
      perkongsian ilmu amat dialu-alukan ..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan