ShoutMix chat widget

Ahad, 27 November 2011

:.mAhaR@MaHaL??.:










Alhamdulillah...sambil menahan kesejukkan di petang hari...meniti kesunyian hati...jari jemari ana masih mampu untuk menari rancak diatas keybord yang tampak usang ini ..

      Tadi masa ana dok dalam kuliah..ana ada sembang dengan sorang student mesir..saja sembang-sembang .. tunggu dokturah masuk kelas ..

{ gheja dok sembang .. tengok la kitab sebelum dokturah masuk .. ni dok sembang jaa .. ok ... baik ... ana tak buat dah lepas ni .. }

     Ok .. kita sambung cerita tadi .. tengah dok syok sembang .. masuk bab nikah .. {amboi .. galak noo .. hehe ..} dia ada tanya ana "enti makhtubah ??{awak dah bertunang ?}dengan malu-malu kucing ana jawab " ya,saya dah bertunang ... hati kecil ana mula bersuara ..[bertunang dengan ilmu kat sini ..] satu jawapan yang berani..hehe..

      ana tau sikit-sikit ja bab nikah ni .. pastu dia tanya tentang mahar .. ana just senyum ja kat dia .. dan dia cam faham-faham ja .. pastu dia ada habaq kata mahar depa kat sini agak mahal jugak la..mahal yang camna,ana tak pasti .. hati ana mula berkata " malaysia pun apa kurangnya.." tak sampai minit...dokturah pun masuk .. untuk curahkan ilmunya pada anak-anak yang menagihkan ilmunya ..





" SEBAIK-BAIK WANITA ADALAH YANG PALING MURAH MAHARNYA "
{HR : IBNU HIBBAN,HAKIM,BAIHAQI,AHMAD}


  Tepat sekali .. jika kamu berfikiran bahawa wanita paling baik adalah wanita yang maharnya paling murah . itu kalau yang berfikiran positif laa...

    tapi ana heran pada yang berfikiran negetif ni .. asal mahar murah ja ...

" napa murah sangat??mesti ada papa ni.."
" prgnt ka tu? "
" ish.. biaq betui .. murahnya .."
" smesti ibu bapa tak retu ni .."
" tak ada class .."

    Dan macam-macam lagi lah bualan manusia .. kadang - kadang letih telinga dok dengaq .. tak pasai-pasai kita pulak yang dapat dosa free ..





WAHAI SAHABAT SAHABIAH YANG ANA HORMATI SEKELIAN ..

       seharusnya kita sedar dan pernah tak kita terfikir waktu kita minta mahar yang mahal , sedangkan lelaki yang melamar kita tu tidak memiliki sesuatu yang kita minta .

 pernah tak kita fikir semua tu ?


    maka kamu telah kehilangan keberkatan dalam perkahwinan itu kerana kamu telah mempersulitkan sesuatu yang baik untuk kamu iaitu sebuah pernikahan ..seharusnya kita sebagai wanita hendaklah mempermudahkan jalan bakal @ calon suami yang hendak melamar kita ..
                                    {kita laa...coz i tak kawen lagi..eaww....perlu ke bgtau?}

kerana itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w .. sebenarnya seorang wanita sangat memerlukan pendamping..xkisahlah pendampingnya itu samada suami , ayah , mama @ sahabat sahabiahnya ..apabila kamu tolak gara-gara wang hantaran yang sgt lah tinggi , sedang lelaki itu seorang muslim yang soleh maka teramat rugilah kita yang hanya mementing harta ..





SAHABAT SAHABIAH YANG ANA SAYANGI SEKELIAN ..


 mudahkanlah bagi seorang wanita tentang maharnya ..janganlah kamu meremehkan harga mahar tersebut..dengan memberi mahar yang ala kadar sahaja .. sebab apa yang ana takutkan ialah apabila maharnya itu dipersulitkan dengan meletak satu nilai yang agak tinggi maka apa yang dirisaukan ialah kemaksiatan..sebab nak kumpul satu nilai yang tinggi tu bukan senang..lain lah kalau calon suami kita tu orang senang... maksiat yang ana maksudkan kat sini ialah samada :


  • pinjam kan ah long..
  • buat pinjaman bank..
  • pinjam kat family {kdg2 dengan berhutang,hubungagn keluarga akan jadi jauh}
  • pinjam kat sahabat..
  • kawen lari dengan ambik jalan yang sangat mudah..


malam pertama bahagia dengan isteri ..
tapi suami dok pening pikiaq hutang nak langsai camna ..


syian suami ana ..
{mengada hang noooo........ngeee....}


seharusnya kita sedar bahawa mahar itu bentuk penghargaan yang memuliakan wanita .. brtapa Rasulullah s.a.w memuliakan wanita ..






Abu Salmah bin Abdurrahman bertanya kepada A'syah R.anha :
" berapakah nilai mahar yang diberikan Rasulullah? "

A'syah r.anha menjawab :
" mahar yang baginda berikan pada isteri-isterinya 12 uqiah denagn nasya .. "
"apakah kamu tahu apa itu nasya ? "
Abu Salmah menjawab :
" tidak .. "
kata A'syah r.anha :
" nasya itu ialah setengah dari uqiah , maka nilainya dalam 500dirham .."
begitulah mahar Rasulullah s.a.w kepada isteri-isteri Baginda ..



kecuali bila lelaki tu tidak mempunyai harta , seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w kepada seorang pemuda  ketika dia hendak berkahwin , miskipun dia tidak memiliki apa-apa pun . maka Rasulullah menyuruhnya mencari cincin walaupun dari besi ..

sesungguhnya ISLAM amat memuliakan insan yang bergelar wanita ini .. 




SAHABAT SAHABIAH YANG ANA MULIAKAN SEKELIAN ..


sesunguhnya wanita sangat memerlukan pendamping .. sehingga tiada kebaikan dalam tingginya mahar@wang hantaran sehingga kamu tidak dapat mengecapi kebahagiaan dalam rumahtangga ..ini adalah kerana kamu menyukarkan dirimu dengan nilai hantaran...


lelaki juga memerlukan wanita sebagai pemelihara dirinya ..rumahtangganya..juga zuriatnya kelak..sehingga kamu sepatutnya memuliakannya dengan mahar yang tertinggi yang kamu mampu !





Tiada ulasan:

Catat Ulasan