ShoutMix chat widget

Selasa, 25 Oktober 2011

:.aQu Cuma AnNisaa.:








Ya ALLAH ..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah ..
Sehingga dirinya digelar Affifah Solehah .
Dialah wanita pertama ..Tiada ragu mengucap syahadah ..
Pengorbanan bersama suami Tercinta , Rasulullah s.a.w .Susah senang bersama .. 
Walau hilang harta kerana berdakwah .Walau dipulau 3tahun 3bulan ..
Imannya sedikit pun tidak berubah .
Mampukah aku setabah dirinya ??Andai diuji sedikit sudah rebah .Baru dihina sudah mengalah .
Ya ALLAH .. tabahkan aku seprtinya ..





Ya ALLAH ..

Jadikan aku semulia Fatimah AzZahrah ..
Betapa tingginya kasih pada Ayahandanya ..
Tidak pernah putus asa pada pejuangan dakwah Baginda ..
Tangannyalah yang membersih luka ..Tangannya jua lah yang membersih cela .. 
Pada jasad Rasulullah tercinta ..Gagahnya diri pada dugaan .
Mampukah aku sekuat Fatimah ??Saat hati terluka dendam mula menyapa .
Saat diri disakiti maki mula mengganti . Ya Rabbi .. teguhkan hatiku sepertinya ..






Ya ALLAH ..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumayyah ..
Tukang sisir yang beriman .. Dan keluarga Yasir yang bertaqwa ..
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia ..
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan .........
Mmampukah sabarku seperti mereka ??
Tatkala digoda nafsu dunia .. Entah mana hilangnya Iman di dada ..

Ya Rahman ..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah ..
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih ..
Kerana yakin ALLAH pasti disisi ..
Sabarkan aku seperti Sumayyah ..Biar tombak menyusuk jasad ..
Iman sedikit pun tidak akan rapuh ..






Ya ALLAH ..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim ..
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman ..
Islamnya Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah ..
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami ..
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada Perang Uhud ..
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah ..

Ya Rahim .. 

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya ..
Tingginya nilai cinta pada harga Iman ..
Mampukah aku menatap cinta itu ??
Sedangkan rupa menjadi pilihan .
ketulusan Iman diketepikan .

Ya ALLAH ..
Ilhamkan aku cinta sepertinya ..






Ya ALLAH ..

Jadikan aku sehebat A'isyah Humaira ..
Isteri termuda Rasulullah ..
Biar dilempar fitnah ..
Dia tetap teguh dengan ketetapanNYA ..
Isteri sejati yang memangku Nabi ..
Pada saat terakhir Baginda ..
Hadis dan Sunnah Rasullah dipertahankan ..
Betapa hatimu seorang mujahidah ..

Ya Rahman ..

Mampukah aku contohi dirinya ??
Pada fitnah yang melanda ..Diri mula goyah dan putus asa .
Teguhkan aku sepertinya ..Ya ALLAH ..






Ya ALLAH ..

Teringat diri pada Khansa ..
4 orang anaknya Syahid dijalan ALLAH ..
Dia meratap tangis ..
Anak sulungnya syahid ..
Anak keduanya jua mati syahid ..
Anak ketiga dan keempatnya jua turut syahid ..
Namun tangisan itu bukan pemergian anak tercinta ..
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad ..






Ya ALLAH ..

mampukah aku menjadi ibu yang berjihad ?
sedangkan anak tidak tutup aurat pun masih tidak terjawab .
sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah .
berikan aku kekuatan seperti mereka ya ALLAH ..
Agar bersedia pada akhirat .

wahai kaum adam yang bergelar khalifah ..
diriku bukan setabah Ummu khadijah .
bukan jua semulia Fatimah AzZahrah ..
apa lagi sesabar Masyitah dan Suamayyah .
mahupun sehebat Ummu Sulaim .
dan tidak seteguh A'isyah Humaira .
kerana diri cuma AnNisaa akhir zaman .
dimana aurat semakin dibuka terdedah  .
dimana syahadah hanya pada nama .
dimana dunia terus dipuja .
dimana nafsu fana menjadi santapan utama .
dimana batas sentiasa dileraikan .
dimana ukhuwah sentiasa dipinggurkan .


Wahai kaum Hawa ..
kita cuma An-Nisaa..
para pendosa yang terbanyak di neraka .
lantas walau tidah setabah mujahidah .
namun tabahlah pada ketetapan ALLAH .
kerana padaNya ada syurga ..

walau tidak semulia para wanita sirah .
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara .
kerana padanya ada pahala !
Walau tidak sesabar para solehah .
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa .
kerana padanya ada bahagia !






Sesungguhnya Hawa tercipta dari tulang rusuk Kaum Adam .
bukan untuk ditindas kerana lemah .tetapi untuk dilindungi kerana Indah .....
dan Indah apabila tertutup terpelihara .kerana disitulah terjaganya syahadah 
bak mekarnya wanita dalam sirah .tutunlah kami kearah syurga !
bicara dari An-Nisaa yang lemah ..














Tiada ulasan:

Catat Ulasan