ShoutMix chat widget

Rabu, 23 November 2011

:.sifat-sifat orang CEMERLANG.:









      ALHAMDULILLAH .. ku panjat sejuta kesyukuran diatas segala nikmat IMAN dan ISLAM yang telah ALLAH kurniakan padaku semenjak aku dilahirkan didunia yang penuh dengan ujian dan kenikmatan dunia yang tak pernah dari nikmat JANNATUL FFIRDAUS yang sentiasa menjadi idaman bagi setiap makhluk yang bergelar khalifah  , yang sentiasa beriman dengan SANG PENCIPTA dibumiNYA ini..dan ingatlah ! yang kita perlu itu adalah ALLAH .. SANG PENCIPTA  yang telah mencipta kita dengan penuh RahmatNYA.. YA ALLAH ..peliharalah hati-hati kami agar tidak pernah terpesong dari jalanMU..AMIN YA ROBBAL'ALAMIN...





     Berbalik pada topik asal yang cuba ana nak kongsi bersama sahabat sahabiah ana .. TENTANG KEJAYAAN .. bila ditanya tentang keyaan .. setiap orang menginginkan kejayaan dan kebahagiaan serta kecemerlangan dalam segala bidang kehidupan yang dilalui dan dialaminya , sama ada kehidupan kebendaan mahupun kehidupan kejiwaan dan keagamaan . 

    Individu yang berjaya mencapai matlamatnya dalam kehidupan ini adalah dengan berkat kejayaannya dalam mengurus kehidupannya . Ulama' - Ulama' silam telah mengariskan beberapa sifat orang yang ingin berjaya dan cemerlang dalam hidupnya yang membawanya cemerlang didunia dan di akhirat .

    Bagi seorang pelajar , kecemerlangan ini boleh diaplikasikan terhadao kecemerlangannya dalam pelajaran dari segi kurikulum dan ko-kurikulum .

    Manakala bagi seorang pekerja , kita hendak melahirkan pekerja yang cemerlang menurut aspek pekerjaan masing-masing . kalau dia pengarah atau pengetua sesuatu institusi ; dia adalah pengarah dan pengetua yang cemerlang mengikut piawaian institusi berkenaan .. termasuk juga dia bukan sahaja disenangi oleh orang-orang atasan tetapi juga disenangi oleh orang-orang bawahannya ..







:: Berikut adalah diantara siffat-sifat orang cemerlang seperti yang digaris oleh ulama' silam ..


{SIHAT JASMANI ..}

 = sihat yang dimaksudkan disini ialah sihat tubuh badan . tubuh yang sihat akan menghasilkan otak yang cergas , yang sangat diperlukan untuk melakukan kerja terutamanya yang melibatkan kita berikir .

     oleh itu orang yang cemerlang perlu menjaga kasihatannya . Islam mewajibkan orang yang sakit supaya berubat . kasihatan sangat penting kerana dengan mempunyai kasihatan yang baik , seseorang dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya dengan lebih sempurna . dan orang yang cemerlang tidak akan melibatkan dirinya dengan aktivviti-aktiviti yang tidak berfaedah ..

    



   {AQIDAH YANG SEJAHTERA}

   Orang - orang islam yang cemerlang sepatutnya boleh memahami ilmu tauhid .. 
   Mereka juga boleh memahami usul 50 iaitu :
  • 20 sifat-sifat wajib bagi ALLAH .
  • 20 sifat-sifat mistahil bagi ALLAH .
  • 1 sifat harus bagi ALLAH .
  • 4 sifat-sifat wajib bagi Rasul .
  • 4 sifat-sifat mustahil bagi Rasul .
  • 1 sifat harus bagi Rasul .
  Umat Islam sekarang banyak menghadapi cabaran-cabaran bentuk baru yang mengelirukan seperrti ideologi-ideologi moden , teori-teori dan falsafah-falsafah yang memuja kebendaan sebagai patung bentuk baru , mengubahnya dengan nama pesta-pesta hiburan . tanpa disedari dan memang disedari , telah bertindak keperingkat melampaui batas-batas iman dan tauhid .segala-galanya berpunca dari iman , yang disebut juga aqidah bahkan menjadi asasnya .

    Oleh itu fahamlah kita betapa pentingnya Iman dan betapa perlunya Aqidah itu untuk mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat ..




{IBADAT YANG TEPAT}

    Ramai yang beribadat tapi ditolak oleh ALLAH sebab ibadat yang dilakukan tidak mengikuti seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w terutama dalam ibadat solat .

    Ibadat solat fardhu 5 waktu sehari semalam perlu dilakukan dengan sempurna kerana ia merupakan tiang Agama . seeloknya solat fardhu dilakukan secara berjemaah . Apabila solat sempurna , insha ALLAH ibadah - ibadah yang lain akan sempurna kerana solat yang sempurna itu boleh mencegah kemungkaran ..

     Orang yang sembahyang tetapi masih lagi melakukan maksiat , masih melakukan perkara - perkara yang dilarang oleh ALLAH seperti tidak menutup aurat ,  ini menunjukkan solatnya itu perlu disemak semula . sudah pastilah solatnya itu tidak sempurna .






{AKHLAK YANG JITU}

   Orang yang cemerlang dituntut untuk memiliki akhlak yang mulia dan terpuji . kita perlu berakhlak baik dengan PENCIPTA dan berakhlak baik juga pada yang dicipta iaitu semua makhlik ALLAH .

   Sesungguhnya orang yang hanya cemerlang dalam akedemik  tetapi mempunyai sifat yang buruk seperti tidak menghormati guru suka membuli dan sebagainya tidak diketogorikan sebagai orang yang cemerlang .

    Perkara ini banyak berlaku , orang seperti ini apabila bekera dengan jawatan tinggi berpotensi melakukan berbagai penyelewengan seperti rasuah , penyalahgunaan kuasa dan berbagai jenayah kolar putih yang lain . antara mereka ada yang sanggup mengedar dadah gara-gara ingin hidup seperti orang mewah . orang seperti ini amat merugikan negara .. (dan ana yakin insana yang ada dihadapan ana ini tidak tergolong dalam dalam golongan tersebut..insaha ALLAH..)







{MENENTANG HAWA NAFSU}

    Setiap manusia mempunyai nasu yang sentiasa mempengaruhi manusia , menyukai perkara yang dilarang oleh ALLAH . antara nafsu yang kerap mempengaruhi manusia ialah nafsu makan , nafsu tidur , nafsu ketawa , nafsu berhibur dan sebagainya . kalau boleh elakan perkara tersebut menjadi sebati dengan diri kita .. yang singkatannya ialah 3K .. 
  • kuat makan .
  • kuat tidur atau berehat .
  • kuat ketawa atau berhibur .






{MEMANFAATKAN DIRI UNTUK ORANG LAIN}

" Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak menfaatnya pada orang lain .."

     Bagi orang seperti ini kehadirannya amat disukai dan kehilangan amat dirasai . orang lain yang dimaksudkan disini ialah orang selain diri kita seperti ibu bapa , guru , kawan dan sebagainya . individu yang mempunyai sifat seperti ini selalunya bersiffat ringan tulang yang suka menolong orang lain dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang ganjaran ..





Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan sifat-sifat yang telah ana kongsikan bersama sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian .. agar kita tergolong dalam golongan orang - orang yang cemerlang .. insha ALLAH..






RENUNG-RENUNGKAN .. SELAMAT BERAMAL ..







UHIBBUKUM FILLAH ....!!!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan