ShoutMix chat widget

Ahad, 30 Oktober 2011

:.7 SuNnAh HeBaT.:












        Dalam kehidupan kita seharian , ada kalanya kita telah melampaui batas samada dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar . Imaginasi yang kotor , perbuatan atau percakapan kita yang tak betul menjadikan kita semakin jauh dari Rahmat ALLAH , membuatkan kita kurang untuk melakukan amal-amal kebaikkan dan ada kala nya kita lalai dengan permainan dunia hingga tidak kita sedAr tentang azab akhirat . Dan itulah kita , hanya manusia biasa yang tidak pernah terlepas dengan melakukan dosa dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan .

     Tapi jangan kita lupa bahawa ALLAH ta'la itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi , yang sentiasa membuka pintu taubat kepada kita agar kita dapat meneruskan perjuangan dan perjalan hidup menuju akhirat dengan lebih berkat dan penuh kesabaran .


     Jesteru itu , ana dan juga sahabat sahabiah yang ana sayangi sekelian . sekurang-kurangnya hendaklah kita mnjaga 7 sunnah Rasulullah s.a.w ... sebenarnya banyak sunnah Rasulullah s.a.w yang patut kita contohi dan diterapkan dalam kehidupan seharian kita . antaranya adab makan , adab minum , adab masuk tandas , adap istinja' , adab perjalanan dan sebagainya . akan tetapi 7 sunnah yang akan ana cuba ana catatkan dan cuba untuk kongsi bersama sahabat sahabiah ana sebentar lagi adalah sunnah yang berkaitan dengan hati , taQarrubnya hati kita pada ALLAH ta'la dan ketenangan hati ..







       7 sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu kita jaga dalam seharian kita ialah :


  • TAHAJJUD  -  Kerana kemulian seorang mu'min itu ialah terletak pada Tahajjudnya . pastinya doa mudah termaQbul dan menjadikan kita semakin taQarrub pada ALLAH ta'la . sebagai cahaya dialam kubur dan dengan tahajjud juga mampu menajamkan aQal fikiran .






  • MEMBACA AL-QURAN  -  Alangkah moleknya jika membaca Al-Quaran sebelum terbitnya matahari ,sebelum mata melihat dunia . lebih cantik jika pembacaan itu disertai dengan pemahaman Quran ketika membaca . [ itu kalau mampu, xpe . xda masalah .. jangan xbaca langsung udah lee ..] paling tidak , andai kata la kita tak sempat , kita ada kerja untuk diselesaikan , kita bacalah 3Qul atau ayat Kursi ..







  • JANGAN TINGGAL MASJID  -  maksudnya dekat sini , jangan tinggal untuk solat berjemaah . terutama sekali waktu solat subuh . sebelum melangkah kaki ke mana-mana , langkah pertama kita hendak pergi ke masjid .{ khas untuk lelaki je , tapi kalau perempuan nak buat baleh ja .. tafadhal minkum ..} keran masjid @ surau adalah tempat yang penuh dengan keberkatan , pusat Ilmiah . bukan keran panggilan mua'zzin tetapi panggilan ALLAH yang mencari insan yang ber-IMAN  untuk memakmurkan rumah ALLAH .








  • JAGA SOLAT DHUHA  -  Kerana key rezeki ada pada solat dhuha . yakin lah dengan janji ALLAH ... kerana kesan dalam solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki . dan satu lagi , surah waqi'ah . juga mempunyai kelebihan tentang rezeki .{ andai sahabat sahabiah nak rasa nikmatnya .. amal lah .. ana dah cuba amal , kalian bile lagi ...}









  • JAGA SEDEQAH SETIAP HARI  -  ALLAH menyukai orang yang suka bersedeQah . dan malaikat ALLAH sentiasa mendokan kepada yang suka bersedaQah setiap hari . percayalah , sedeQah yang diberikan akan dibalas oleh ALLAH berlipat kali ganda banyaknya . senyum pun dikira sebagai sedeQah ..{ kalu kita ada masalah , bersedeQah lah ,insha ALLAH ALLAH akan mempermudahkan segala urusan }






  • JAGA WUDHU'  -  kerana ALLAH menyayangi hamba yang berwudhu' . kata Khalifah Ali Bin Abi Thalib ;"{ orang yang sentiasa berwudhu' ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat , dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa . ampuni dosa dan sayangi dia ya ALLAH }






  • AMALKAN ISTIGHFAR  -  kerana dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhi oleh ALLAH s.a.w .  { sebagai contoh ,ana @ sahabat sahabiah ana bersedeQah . tapi keran paksa atau niat untuk menunjuk-nunjuk , cepat-cepatlah kita beristighfar , insha ALLAH , ALLAH itu mahA pengampun . }






   Zikir adalah bukti kita syukur pada ALLAH ta'ala . bila kita kurang bersyukur maka kita akan kurang bersyukur . dan bila kita kurang bersyukur , maka ini bermakna kita sombong dengan ALLAH ta'ala .. sebagai contoh mudah ana bagi , kita tolong kawan kita dalam kesesakan kewangan . kita bagi pinjam duit kita kat dia , pastu terus pi camtu ja .. ucapan " TERIMA KASIH " , " SYUKRAN " @ " THANKS " sunyi camtu ja .. sahabat sahabiah rasa cmna ? " sombongnya dia ni ? " sahabt sahabiah di hadapan ana ni mesti baik2 belaka .. tapi kalau ana , ana rasa nak marah jugak la .. kita dah bagi pinjam kira besar rahmat la tu .. ana mimta sangat ucapan tu tapi sekurang-kurangnya hargai pertolongan yang kita hulurkan ... betul tak sahabat sahabiah yang ana hormati .. sebelum ana terlupa , seandainya kita nak tau kita ikhlas atau tidak dalam bersedeQah atau memberi satu-satu pertolongan , kita tidak mengharapkan balasan dari orang yang kita tolong samaada balasan itu berbentuk harta mahupun ucapan " terima kasih " ..  baekk .. saye ingat tu .. akak ..






    Oleh kerana itu , setiap waktu harus ada penghayatan  dalam melaksanakan ibadah ritual mahupun ibadah ajaran Islam yang lain . zikir juga merupakan makanan untuk rohani yang paling bergizi , dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat di tepis sehingga jauhlah ummat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme .. wallahu A'lam ...







" JALANILAH HARIMU DENGAN GEMBIRA DAN BUATLAH SESUATU DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH . DAPATKANLAH SESUATU YANG DAPAT MENCEGAH KESUSAHAN SEBELUM IA MNYERANG KAMU "








UHIBBUKUM FILLAH ...







SALAM UKHUWAH FILLAH DARI ANA ...

RENUNG-RENUNGKAN .. SELAMAT BERAMAL ..!!





Rabu, 26 Oktober 2011

:.MaAf??.:











        Apa yang ana nak bincangkan disini about " apologise " " sorry " atau dalam bahasa melayunya ialah " maaf  " . bukan senang nak jadi seorang pemaaf , cukup susah .. tapi kita ada hak untuk memaafkan si dia yang melakukan kesalahan @ tidak . setelah orang laikn buat salah kat kita , kita berhak untuk memaafkan dia ataupun biarkan terus dengan dosa-dosanya itu .. kita boleh sorak riang kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita , manakala si pula terpaksa memikuldosa-dosanya hingga hari kiamat .


apa yang kita rasa? hepy? bahagia? rasa lapang dada?






    Setengah orang pandang dari sudut tu .maaf tu satu lafaz yang amat berharga ,tak mudah memberinya walaupun diminta . tanbahan pula kesalahan tersebut dilakukan dengan sengaja dan menyakitkan hati . apabila ada orang minta maaf kat kita , kita maaflah dia dengan hati yang lapang .

    Bukan mudah untuk berkata " sama-samalah kita "setelah orang tu minta maaf , dalam hati terdetik " padan muke kau ,umpat aku lagi , tipu aku lagi , sakitkan hati aku lagi. sekarang kau tanggunglah dosa-dosa kau samapi hari kiamat . "


Apakah kita termasuk dalam golongan ini ?


    Memang tidak salah berpendirian seperti ini , sebab ia akan menjadi pengajaran yang amat bagus pada si pesalah . mudah-mudahan sahabat sahabiah ana tak termasuk dalam golongan tersebut .. sebb ana yakin sahabat sahabiah ana ni baik-baik belaka ..








     Tapi tahukah kita bahawa kesalahan yang tidak diselesaikan di dunia akan berlanjutan ke akhirat ?

    
    Disana orang yang bersalah terpaksa memberi pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang pernah menzaliminya . hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia akan dilemparkan kedalam neraka

     Begitu besar aplikasi " MAAF " sekali lagi , apabila kita tegas untuk tidak maafkan ataupun memberi maaf , ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan kita di akhirat nanti . 

    Apabila ana diskusi bab maaf ni , ana teringat satu kisah sahabat ana . yang mana dia pernah cerita pada ana yang dia pernah bagi pinjam duit banknya kepada sahabatnya atas sebab simpati . sahabatnya itu nak sambung belajar tapi kekurangan wang , n then dengan belas ehsan sahabat ana ni , dia pun bagi pinjam duit pada kwan dia . dan berjanji akan membayar wangnya itu 3 bulan akan datang . apabila 3 bulan sudah berlalu , kwan dia tadi xbayar-bayar pun duit dia sampai genap setahun . bila sahabat ana pi minta duit hutang , dia marah-marah sahabat ana ni seolah-olah seperti sahabat ana pula yang berhutang dengan dia .  jadi ana tanya sahabat ana ni " enta nak halalkan saja ka @ atau nak tuntut hutang tanpa putus asa ka @ macam mana ? " sahabat ana jawab " halal ?? sampai kiamat ana tak akan halalkan ! " ketegasan sahabt ana ni memang patut berdasarkan latar belakang kes ni . dan dia berhak berpegang pada ketegasannya itu . 


salah tak kalau buat camtu??

    Tak salah , sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian .. dan untuk sahabat ana tu , ana cuba tenangkan jiwanya , dan cuba nashatkan agar halalkan sahaja wang tersebut dengan berlapang dada dan maafkan dia .

awat pulak? dia yang salah ?

    Eya sayang...memang laa..dia salah..tapi tak salahkan kalau kita maafkan dia..Sebab kita kena hati-hati dalam menjalani hidup , seboleh mungkin janganlah lakukan sebarabg kesalahan terhadap manusia terutama sekali yang berkaitan dengan hutang sebab implikasinya sangat besar .








     Pada sahabat sahabiah ana yang pernah mengalami seperti mana sahabat ana tadi , marilah kita renung satu kisah yang telah dirakamkan pada zaman Rasulullah s.a.w ..kisahnya berbunyi begini ..

       Pada suatu hari , tatkala melihat Rasulullah s.a.w ketawa sendirian , Umar r.a pun bertanya kepada Rasulullah apa sebabnya , Rasulullah menjawab : " ada dua orang umatku memperhitungkan hak-haknya . yang seorang berkata "{ Ya ALLAH , berikan hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu }" ALLAH ta'ala berfirman "[ Berikanlah hak-haknya yang telah kau zalimi ]" jawab orang yang dituntut itu dengan sedih "{ ya ALLAH , sesungguhnya kebaikan ku telah pun habis semua , tiada lagi yang dapat aku berikan kepada orang itu }" dijawab oleh orang yang menuntut itu "{ oleh itu , engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya }"








      Tatkala itu kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan air matanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdaannya : " kemudian ALLAH ta'ala berfirman kepada orang yang menuntut itu "[ angkatlah kepalamu dan lihatlah syurga ]"

    Apabila dilihat oleh si penuntut itu syurga yang penuh didalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertahtakan perak , bertahtakan intan permata yang elok-elok , dia bertanya "{ apakah semua itu untuk Nabi-nabi atau apakah untuk para syahid? }" maka di jawab oleh ALLAH ta'ala :"[ itu untuk sesiapa sahaja yang sanggup membayarnya ]"




      Maka kata si penuntut itu "{ Ya ALLAH , siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli syurga yang amat hebat itu?}" dijawab oleh ALLAH ta'la : "[ engkau pun boleh membayarnya iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimi kamu ]" 

      Maka si penuntut itu berkata "{ kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadap ku }" 

      Firman ALLAH ta'ala "[ pimpinlah tangan orang itu bersama-sama kedalam syurga itu ]"
kemudian Rasulullah s.a.w bersabda :" maka berbuat baiklah saudaramu sesama ISLAM .."







      Jadi , apa yang dapat ana simpulkan kat sini ialah tak salah rasanya untuk kita saling bermaaffan antara satu sama lain .. untuk keluarkan perkataan " saya maafkan awak .. " tak kena duit sesen pun dan tak guna kudrat tubuh badan pun .. memang susah tapi itulah nikmat yang kita akan rasa bila kita maafkan sahabat sahabiah yang buat salah dengan kita .. hati tenang .. dan fikiran pun tak serabut .. betul tak sahabat sahabiah yang ana sayangi sekelian ... apa yang ana cuba nak kongsikan disini adalah untuk tauladan bagi diri ana sendiri dan juga untuk sahabat sahabiah ana .. jika ada yang terguris hati disaat membaca lembaran berkalam bisu ini , ana mohon bebanyak2 kemaafan . yang baik itu datang dari ALLAH , yang buruk itu hakikatnya datang dari ALLAH tapi datang dari kelemahan diri ana sendiri .. Wallahu a'lam ..


RENUNG-RENUNGKAN .. SELAMAT BERAMAL ..!!








" SEBELUM TIDUR , TEBARKAN KEBAJIKAN KE LINGKUNGAN SEKELILINGMU . CUCILAH HATIMU TUJUH KALI BILASAN DENGAN SIKAP PEMAAF PADA BILASAN KELAPAN DENGAN TAUBAT .JIKA SUDAH BEGITU , MAKA KAMU AKAN MERASAKAN MANISNYA IMAN .."





" SEBAIK-BAIK HARTA IALAH YANG MEMBERI MANFAAT PADA MU . SEBAIK-BAIK ILMU ADALAH YANG MENGANGKAT DARJATMU . SEBAIK-BAIK RUMAH ADALAH YANG MEMBERI KETENANGAN PADAMU . DAN SEBAIK-BAIK KAWAN ADALAH YANG SENTIASA MEMBERI NASIHAT PADAMU..."





SALAM UKHUWAH FILLAH ..DARI ANA ..







Selasa, 25 Oktober 2011

:.aQu Cuma AnNisaa.:








Ya ALLAH ..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah ..
Sehingga dirinya digelar Affifah Solehah .
Dialah wanita pertama ..Tiada ragu mengucap syahadah ..
Pengorbanan bersama suami Tercinta , Rasulullah s.a.w .Susah senang bersama .. 
Walau hilang harta kerana berdakwah .Walau dipulau 3tahun 3bulan ..
Imannya sedikit pun tidak berubah .
Mampukah aku setabah dirinya ??Andai diuji sedikit sudah rebah .Baru dihina sudah mengalah .
Ya ALLAH .. tabahkan aku seprtinya ..





Ya ALLAH ..

Jadikan aku semulia Fatimah AzZahrah ..
Betapa tingginya kasih pada Ayahandanya ..
Tidak pernah putus asa pada pejuangan dakwah Baginda ..
Tangannyalah yang membersih luka ..Tangannya jua lah yang membersih cela .. 
Pada jasad Rasulullah tercinta ..Gagahnya diri pada dugaan .
Mampukah aku sekuat Fatimah ??Saat hati terluka dendam mula menyapa .
Saat diri disakiti maki mula mengganti . Ya Rabbi .. teguhkan hatiku sepertinya ..






Ya ALLAH ..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumayyah ..
Tukang sisir yang beriman .. Dan keluarga Yasir yang bertaqwa ..
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia ..
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan .........
Mmampukah sabarku seperti mereka ??
Tatkala digoda nafsu dunia .. Entah mana hilangnya Iman di dada ..

Ya Rahman ..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah ..
Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih ..
Kerana yakin ALLAH pasti disisi ..
Sabarkan aku seperti Sumayyah ..Biar tombak menyusuk jasad ..
Iman sedikit pun tidak akan rapuh ..






Ya ALLAH ..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim ..
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman ..
Islamnya Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah ..
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami ..
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada Perang Uhud ..
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah ..

Ya Rahim .. 

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya ..
Tingginya nilai cinta pada harga Iman ..
Mampukah aku menatap cinta itu ??
Sedangkan rupa menjadi pilihan .
ketulusan Iman diketepikan .

Ya ALLAH ..
Ilhamkan aku cinta sepertinya ..






Ya ALLAH ..

Jadikan aku sehebat A'isyah Humaira ..
Isteri termuda Rasulullah ..
Biar dilempar fitnah ..
Dia tetap teguh dengan ketetapanNYA ..
Isteri sejati yang memangku Nabi ..
Pada saat terakhir Baginda ..
Hadis dan Sunnah Rasullah dipertahankan ..
Betapa hatimu seorang mujahidah ..

Ya Rahman ..

Mampukah aku contohi dirinya ??
Pada fitnah yang melanda ..Diri mula goyah dan putus asa .
Teguhkan aku sepertinya ..Ya ALLAH ..






Ya ALLAH ..

Teringat diri pada Khansa ..
4 orang anaknya Syahid dijalan ALLAH ..
Dia meratap tangis ..
Anak sulungnya syahid ..
Anak keduanya jua mati syahid ..
Anak ketiga dan keempatnya jua turut syahid ..
Namun tangisan itu bukan pemergian anak tercinta ..
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad ..






Ya ALLAH ..

mampukah aku menjadi ibu yang berjihad ?
sedangkan anak tidak tutup aurat pun masih tidak terjawab .
sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah .
berikan aku kekuatan seperti mereka ya ALLAH ..
Agar bersedia pada akhirat .

wahai kaum adam yang bergelar khalifah ..
diriku bukan setabah Ummu khadijah .
bukan jua semulia Fatimah AzZahrah ..
apa lagi sesabar Masyitah dan Suamayyah .
mahupun sehebat Ummu Sulaim .
dan tidak seteguh A'isyah Humaira .
kerana diri cuma AnNisaa akhir zaman .
dimana aurat semakin dibuka terdedah  .
dimana syahadah hanya pada nama .
dimana dunia terus dipuja .
dimana nafsu fana menjadi santapan utama .
dimana batas sentiasa dileraikan .
dimana ukhuwah sentiasa dipinggurkan .


Wahai kaum Hawa ..
kita cuma An-Nisaa..
para pendosa yang terbanyak di neraka .
lantas walau tidah setabah mujahidah .
namun tabahlah pada ketetapan ALLAH .
kerana padaNya ada syurga ..

walau tidak semulia para wanita sirah .
tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara .
kerana padanya ada pahala !
Walau tidak sesabar para solehah .
namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa .
kerana padanya ada bahagia !






Sesungguhnya Hawa tercipta dari tulang rusuk Kaum Adam .
bukan untuk ditindas kerana lemah .tetapi untuk dilindungi kerana Indah .....
dan Indah apabila tertutup terpelihara .kerana disitulah terjaganya syahadah 
bak mekarnya wanita dalam sirah .tutunlah kami kearah syurga !
bicara dari An-Nisaa yang lemah ..














:.sAyAnG.:







    Itulah SAYANG ..
walau bibir tidak terfikir untuk menyatakan sayang..
Namun bila hati sentiasa terfikir..
Itulah Sayang ..
bila kepentingan orang diletak melebihi kepentingan sendiri ..
Itulah sebenarnya kasih sejati..






Usah pilih orang yang kita sayang..
tapi pilihlah orang yang sayangkan kita ..
ucapan yang ringan di bibir..
tapi beratnya hati melaksanakannya..
namun , belajarlah untuk memberi dan bukannya suka meminta ..
 jika sudah tidak mampu untuk bertahan,
jangan kau turuti kata jiwa .
tetapi teruslah bersabar dan berharap dengan setia .





Jika dia jodohnya ..
Pasti satu hari pintu hatinya akan terbuka untukmu .
maka bersabarlah di atas segalanya .
usah di lupa pada SANG PENCIPTA .
kerana hanya DIA yang maha Sempurna ..







Bukan takut untuk meluahkan rasa hati .
cuma tidak mahu kehilangan yang dimiliki kini ..
yakin dengan ketentuan ILAHI ..
kerana tersembunyi hikmah atas segala yang terjadi ..




:.BeRjaYa @ GaGaL?.:





ASSALAMUA'ALAIKUM..

         Lama ana tak jenguk2 blog ana ni..sebenarnya ana dilanda kesedihan..hanya tinggal 2 minggu lebih lagi ana akan fly untuk teruskan pejuangan ana untuk mencari keredhaan ALLAH..hampir 3bln lebih ana disisi family .. bila nak balik sana..rasa sayu sangat..tapi ana kena redha dan bersabar..segala ujian dan hikmah itu ada disisi ALLAH..






      Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masin-masing?betul tak?dan ana yakin setiap insan yang berakal juga akan mengalami kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan..kejayaan dan kegagalan yang bagaimanakah yang ana maksudkan disini ? kejayaan @ kegagalan dalam exam ? dalam perniagaan ? dalam hubungan percintaan ? @ dalam sebuah permainana kehidupan ? 

     Tarbiah ayahanda ana yang dikasihi  :" akak, kejayaan kita bukan terletak dari miskin menjadi kaya , bukan dari lapar menjadi kenyang , bukan dari sempit menjadi lapang.. akan tetapi hakikat kejayaan yang sebenar ialah sejauh mana kita amalkan Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian kita..kejayaan manusia dalam agama dengan Taat perintah ALLAH taala dan Ikut Sunnah Rasulullah s.a.w..itu adalah hakikat sebenar kejayaan..bukan dengan kereta mewah , rumah besaQ , isteri besaq , tapi kejayaan itu terletak pada agama ALLAH.. " { ayahanda , akak akan ingat sampai bila2 }




      Bila ditanya target exam , rata-rata jawab nak yang MUMTAZ .. xpernah lagi ana dengaq target exam dia, nak yg gagal .. bila kita cerita tentang ( berjaya dan gagal ni ) ana teringat satu kisah , ada seorang kanak-kanak perempuan .. comel sangat , cute .. masa tu ada pertandingan lumba lari dekat pra sekolah rendah .. semangat dia nak lari .. dalam perlumbaan kanak-kanak ni kalah .. pastu kanak-kanak ni pi dekat ibundanya , dia nangis .. sebab dia kalah dalam perlumbaan tersebut.. pastu si ibunda tadi memujuk si kecil tadi " adik , manada adik kalah pun .. adik menang dihati ibunda , nanti ibunda belikan hadiah ya .. jangan nangis lagi " pujuk ibunda lagi .. sejak hari tu , si kecil tadi dah tak nak masuk mana-mana pertandingan sukan lagi .. sahabat sahabiah nak tahu.. siapa si kecil tadi ? si kecil itu ialah ana . ana takut dengan kekalahan , dan ana tak boleh terima kegagalan .. itu dulu .. tapi sekarang ana dan matured sikit- sikit ja laa.. hehehe...tapi masih keanak-anakan .. malunye.. 

     Sekarang baru ana sedar , setiap kegagalan ada hikmahnya . kegagalan membuatkan diri dan pemikiran kita menjadi lebih matang . kegagalan mengajar ana erti kehidupan sebenar , kegagalan juga mengajar ana betapa tingginya dan betapa pentingnya kita bersyukur pada apa yang kita miliki sekarang .. dan setiap kegagalan pasti di iringi dengan kejayaan .. betapa nikmatnya ketika itu .. 


Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki terletak pada perasaan yang puas terhadap apa yang ada , ketenangan hati , terjauh dari fitnah , bersyukur terhadap nikmatnya serta dapat beribadah secara bebas dan istiqomah ..





      Ana teringat satu kisah , yang cukup memberi kesan dalam hati ana . dan kisah ini ingin ana kongsikan bersama sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian .. kisahnya berbunyi begini ...

      Ummu Arrabi' Binti Al- Bara' , ibu kepada Harithah bin Suraqah yang wafat pada perang badar . Ummu Arrabi' Binti Al- Bara' menemui Rasulullah s.a.w untuk bertanya tentang anaknya yang telah syahid , ini adalah kerana ingin menenangkan hatinya . 

Ummu Arrabi' Binti Al- Bara' : " ya Rasulullah , beritahulah aku tentang anakku,Harithah.jika dia ada disyuraga,maka aku akan bersabar.namun jika ia berada ditempay lain,maka aku akan menangis sekuat-kuatnya .

Nabi s.a.w bersabda : " wahai Ummu Harithah , di syurga terdapat banyak taman . dan anakmu berada ditaman Firdaus yang paling tinggi ."

      Begitulah kisah pengorbanan seorang pejuang Islam memerangkap seorrang anak kepada seorang ibu . kematian anak merupakan satu ujian yang luar biasa bagi seorang ibu .. wanita ini akan menangis jika anaknya tidak masuk syurga .. kesabaran Ummu Arrabi' Binti Al- Bara'  berpisah dengan anaknya telah menjadi sebab ALLAH mengangkat darjatnya dan darjat anaknya di syurga ..

     kerana kejayaan hakiki bukan terletak pada harta benda tetapi terletak sejauh mana dia mengamalkan Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan sehariannya ..


     


kalau kecantikan wanita diumpamakan dengan permata,
maka budi pekerti mulia diumpamakan dengan saham di hari kemudian.