Dalam kehidupan kita seharian , ada kalanya kita telah melampaui batas samada dalam keadaan kita sedar atau tidak sedar . Imaginasi yang kotor , perbuatan atau percakapan kita yang tak betul menjadikan kita semakin jauh dari Rahmat ALLAH , membuatkan kita kurang untuk melakukan amal-amal kebaikkan dan ada kala nya kita lalai dengan permainan dunia hingga tidak kita sedAr tentang azab akhirat . Dan itulah kita , hanya manusia biasa yang tidak pernah terlepas dengan melakukan dosa dan tidak pernah lari dari melakukan kesilapan .
Tapi jangan kita lupa bahawa ALLAH ta'la itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi , yang sentiasa membuka pintu taubat kepada kita agar kita dapat meneruskan perjuangan dan perjalan hidup menuju akhirat dengan lebih berkat dan penuh kesabaran .
Jesteru itu , ana dan juga sahabat sahabiah yang ana sayangi sekelian . sekurang-kurangnya hendaklah kita mnjaga 7 sunnah Rasulullah s.a.w ... sebenarnya banyak sunnah Rasulullah s.a.w yang patut kita contohi dan diterapkan dalam kehidupan seharian kita . antaranya adab makan , adab minum , adab masuk tandas , adap istinja' , adab perjalanan dan sebagainya . akan tetapi 7 sunnah yang akan ana cuba ana catatkan dan cuba untuk kongsi bersama sahabat sahabiah ana sebentar lagi adalah sunnah yang berkaitan dengan hati , taQarrubnya hati kita pada ALLAH ta'la dan ketenangan hati ..
7 sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu kita jaga dalam seharian kita ialah :
- TAHAJJUD - Kerana kemulian seorang mu'min itu ialah terletak pada Tahajjudnya . pastinya doa mudah termaQbul dan menjadikan kita semakin taQarrub pada ALLAH ta'la . sebagai cahaya dialam kubur dan dengan tahajjud juga mampu menajamkan aQal fikiran .
- MEMBACA AL-QURAN - Alangkah moleknya jika membaca Al-Quaran sebelum terbitnya matahari ,sebelum mata melihat dunia . lebih cantik jika pembacaan itu disertai dengan pemahaman Quran ketika membaca . [ itu kalau mampu, xpe . xda masalah .. jangan xbaca langsung udah lee ..] paling tidak , andai kata la kita tak sempat , kita ada kerja untuk diselesaikan , kita bacalah 3Qul atau ayat Kursi ..
- JANGAN TINGGAL MASJID - maksudnya dekat sini , jangan tinggal untuk solat berjemaah . terutama sekali waktu solat subuh . sebelum melangkah kaki ke mana-mana , langkah pertama kita hendak pergi ke masjid .{ khas untuk lelaki je , tapi kalau perempuan nak buat baleh ja .. tafadhal minkum ..} keran masjid @ surau adalah tempat yang penuh dengan keberkatan , pusat Ilmiah . bukan keran panggilan mua'zzin tetapi panggilan ALLAH yang mencari insan yang ber-IMAN untuk memakmurkan rumah ALLAH .
- JAGA SOLAT DHUHA - Kerana key rezeki ada pada solat dhuha . yakin lah dengan janji ALLAH ... kerana kesan dalam solat dhuha sangat dahsyat dalam mendatangkan rezeki . dan satu lagi , surah waqi'ah . juga mempunyai kelebihan tentang rezeki .{ andai sahabat sahabiah nak rasa nikmatnya .. amal lah .. ana dah cuba amal , kalian bile lagi ...}
- JAGA SEDEQAH SETIAP HARI - ALLAH menyukai orang yang suka bersedeQah . dan malaikat ALLAH sentiasa mendokan kepada yang suka bersedaQah setiap hari . percayalah , sedeQah yang diberikan akan dibalas oleh ALLAH berlipat kali ganda banyaknya . senyum pun dikira sebagai sedeQah ..{ kalu kita ada masalah , bersedeQah lah ,insha ALLAH ALLAH akan mempermudahkan segala urusan }
- JAGA WUDHU' - kerana ALLAH menyayangi hamba yang berwudhu' . kata Khalifah Ali Bin Abi Thalib ;"{ orang yang sentiasa berwudhu' ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat , dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa . ampuni dosa dan sayangi dia ya ALLAH }
- AMALKAN ISTIGHFAR - kerana dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhi oleh ALLAH s.a.w . { sebagai contoh ,ana @ sahabat sahabiah ana bersedeQah . tapi keran paksa atau niat untuk menunjuk-nunjuk , cepat-cepatlah kita beristighfar , insha ALLAH , ALLAH itu mahA pengampun . }
Zikir adalah bukti kita syukur pada ALLAH ta'ala . bila kita kurang bersyukur maka kita akan kurang bersyukur . dan bila kita kurang bersyukur , maka ini bermakna kita sombong dengan ALLAH ta'ala .. sebagai contoh mudah ana bagi , kita tolong kawan kita dalam kesesakan kewangan . kita bagi pinjam duit kita kat dia , pastu terus pi camtu ja .. ucapan " TERIMA KASIH " , " SYUKRAN " @ " THANKS " sunyi camtu ja .. sahabat sahabiah rasa cmna ? " sombongnya dia ni ? " sahabt sahabiah di hadapan ana ni mesti baik2 belaka .. tapi kalau ana , ana rasa nak marah jugak la .. kita dah bagi pinjam kira besar rahmat la tu .. ana mimta sangat ucapan tu tapi sekurang-kurangnya hargai pertolongan yang kita hulurkan ... betul tak sahabat sahabiah yang ana hormati .. sebelum ana terlupa , seandainya kita nak tau kita ikhlas atau tidak dalam bersedeQah atau memberi satu-satu pertolongan , kita tidak mengharapkan balasan dari orang yang kita tolong samaada balasan itu berbentuk harta mahupun ucapan " terima kasih " .. baekk .. saye ingat tu .. akak ..
Oleh kerana itu , setiap waktu harus ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual mahupun ibadah ajaran Islam yang lain . zikir juga merupakan makanan untuk rohani yang paling bergizi , dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat di tepis sehingga jauhlah ummat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme .. wallahu A'lam ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan