ShoutMix chat widget

Selasa, 11 Oktober 2011

{Tidak ada yang positif dalam pengangguran}





















" tidak semua cita-cita itu kesampaian
kerana arah hembusan angin bukan ditentukan oleh sampan "




" Jangan serahkan dirimu
pada dunia ini
kerana ia bagaikan pengantin yang tidak setia 
yang tidak pernah mencintaimu.
walaupun semalam "





ASSALAMUALAIKUM..

Bismillahirrahmanirrahim..
" dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang "



      Pengangguran adalah kekosongan yang akan menyebabkan pelbagai keburukan , termasuklah kemalasan dan kelembapan . Jika bekerja merupakan satu kemestian dalam hidup , maka pengangguran adalah jalan menuju kehancuran . . .






       Hidup kita di dunia ini merupakan waktu persiapan untuk menuju hidup yang lebih besar . Jesteru itu , orang-orang yang menganggur ( orang yang malas nak berusaha untuk menjadi yang lebih baik ) lebih sesuai dikumpulkan dalam kelompok orang - orang yang merugi . 

       Rasulullah s.a.w sendiri telah mengingatkan tetang mereka yang tidak lupa akan nikmat kasihatan dan nikmat waktu . Sabdaan Rasulullah s.a.w :

" Dua nikmat yang tidak digunakan dengan baik oleh kebanyakan manusia adalah :
nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang "






        Ramai orang mempunyai tubuh yang sihat tetapi merasa gelisah , kenapa ia terjadi ?? kerana mereka ini tidak mempunyai matlamat hidup , tidak ada aktiviti yang dilakukan dalm seharian hidupnya , tidak ada tuntutan yang perlu diselesaikan dan tidak menggunakan umur untuk melakukan kebaikkan ..


" adakah manusia dicipatakan untuk ini ?? "

dah tentu tidak wahai sahabat sahabiah ana yang dikasihi sekelian ..

kerana ALLAH TAALA telah bersabda dalam kitab sucinya :
" apakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya kami mencipta kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami ?? maha tinggi ALLAH RAJA yang sebenarnya.. "
{ S. AL-MUKMINAH : A. 115}







" DAN JIKA KAMU MENGHITUNG NIKMAT ALLAH 
PASTI KAMU TIDAK DAPAT MENGHITUNGNYA .."





        Hidup ini diciptakan oleh ALLAH dengan penuh kebenaran dan hikmah . oleh itu , manusia sepatutnya mampu berdialog dengan kenyataan yang dihadapinya dan perlu terbabit di dalamnya . atau ia akan terperangkap di dalam kepentingan nafsu yang sempit sehingga menjadi hina dan tidak mempunyai cita-cita dan harapan dalam hidupnya ..   






" kuatkanlah dirimu dengan keyakinan 
bahawa tidak ada yang mustahil dalam hidup ini  "







Sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian ,

         Bumi yang kita pijak sekarang ni hanyalah sebuah pulau persinggahan yang sementara . disinilah kita mencari bekal untuk teruskan perjalanan hidup kita untuk sampai ke satu darjat yang sesuai dengan bekalan yang kita dapat . tapi kita sekarang , termasuk ana sebagai peringatan untuk diri ana khususnya membuang dan buat tak endah dengan peluang yang yang begitu berharga .. kita lalai dengan perhiasan di tepi pantai sehingga kita lupa untuk mencari bekalan . apabila pelayaran hidup sudah bergerak untuk menuju ke tempat yang kekal abadi , masa tu kita baru nak menyesal . masa tu menyesal sehingga keluar ketitisan darah pun pelayaran masa kita tidak akan berpaling kebelakang , wahai sahabat sahabiah ana sekelian ..masa tu kita hanya mampu menunggu perhitungan dari SANG PENCIPTA ..  






P/S untuk sahabat sahabiah : 

  • ana ingin mohon 1000 kemaafan jika perkongsian ana ni ada mengguris hati sahabat sahabiah ana .
  • jika ada salah dan silap dalam perkongsian ana , silalah beri teguran untuk ana perbetulkan .
  • siapa pun kita , dimana kita berada , kita tetap berada di bawah satu naungan .
  • ISLAM itu kan bersaudara ..
  • a'la kulli hal . a'fu a'nkum a'la kulli syai'e .. insha ALLAH ..




MANUSIA XPERNAH TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESALAHAN..






UKHUWAH KITA KERANA ALLAH..
  






Tiada ulasan:

Catat Ulasan