ShoutMix chat widget

Rabu, 12 Oktober 2011

ORANG YANG PALING BAHAGIA IALAH ORANG MUKMIN



















" JIKA DENGAN SENYUMAN KALIAN BOLEH MENDAPAT KEBAHAGIAAN , MENGAPA TIDAK LAKUKAN SEKARANG ?
TERSENYUMLAH SEKARANG AGAR KALIAN MENJADI ORANG YANG BAHAGIA ."






" WANITA YANG BIJAKSANA MAMPU MENGUBAH SAHARA YANG GERSANG MENJADI TAMAN YANG SEGAR NYAMAN DAN SUBUR . "





ASSALAMUA'LAIKUM..

      Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat ALLAH ta'la , dengan limpah kurnianya kita sama-sama masih lagi diberi peluang untuk mengecapi nikmat IMAN dan nikmat ISLAM . dan ana memanjatkan 1001 kesyukran kerana masih lagi diberi keizinan oleh ALLAH dengan menghirup udara segar dipagi yang mulia ini . dan juga masih lagi diberi keizinan oleh ALLAH untuk mengerakkan jari jemari ana diatas keyboard usang ana ni.. Alhamdulillah jiddan ya ALLAH.. asykur nikmatika ya ALLAH ..




       Saban hari kita sentiasa dengar bisikan-bisikan insan yang menyatakan :

  • " aku dah Islam , buat apa lagi aku nak puasa,solat . dah memang dari azali lagi aku Islam "
  • " aku dah islam dari aku lahir lg , tengok..dalam i/c aku pun beragama islam "
  • " ada aku kisah ? kubur lain2 bro , xyahla susah2 nk ajak aku buat kebaikan,aku tau la "
  • " dah aku lahir pun dalam keadaan Islam , aku mati pun Islam gak .."
  • " buat apa nak sedeqah , penat2 aku kumpul harta aku , korang usahala sendiri . "

   Dan macam-macam lagilah karenah manusia ni , ana pun naik takut dengaq . Tapi kena ingat sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian .. orang yang Islam tidak semestinya Beriman , dan orang yang beriman , kompom dia Islam . itulah yang membezakan Iman dan Islam , sahabat sahabiah ana ..




        Sepuluh orang kaya di dunia meninggalkan keimanan mereka , ternyata melalui pengalaman yang menyedihkan di akhir hidup mereka . tamsilnya kena bunuh kerana harta mereka , dirompak kerana harta , diculik kerana harta .. betul tak? dan selepas mereka tua dan hidup dikelilingi harta yang banyak akan tetapi mereka mengalami pelbagai penderitaan hidup misalnya kencing manis , darah tinggi , masalah jantung dan sebagainya . tak cukup dengan tu , mereka juga mendapat makian dan kutukan .. andaian ana mungkin keran dengan harta yang menimbun tu , mereka bongkak , takabbur , kedekut dan sebagainya .

        Apa yamg mereka rasa sekarang ? apa dah berlaku dengan harta benda yang mereka kumpul sepanjang hidup mereka ? dimanakah kekayaan yang bertimbun tu? dimanakah istana yang megah mereka bina ? dan dimanakah pula kemewahan yang pernah mereka nikmati selama hidup mereka ? segalanya dah berakhir bukan ?


" mensyukuri nikmat akan menghapuskan bencana , meninggalkan dosa adalah kehidupan hati , dan mengalahkan nafsu adalah kelazatan orang-orang besar "




       
       Kesudahan hidup mereka amat tragik dan menyedihkan , seperti yang ana cakap tadi . ada yang bunuh diri , ada yang dibunuh dan ada pula yang diheretkan dimahkamah akibat jenayah dan kejahatan yang telah mereka lakukan semasa mereka remaja dulu .


       Kenapa semua ni berlaku sahabat sahabiah ana yang ana hormati sekelian? diantaranya ialah mereka merasakan dan mereka percaya bahawa harta yang mereka miliki boleh membeli apa sahaja didunia ini .. cinta , kasih sayang , kebahagiaan , kesihatan ,dan kemudaan . dan kini ,mereka baru sedar bahawa kebahagiaan sebenar adalah cinta yang sejati , bukan cinta dunia atau cinta nafsu yang mereka kejar selama ni .kasihataan dan kemudaan yang sempurna tidak boleh dibeli dengan wang !! mungkin mereka boleh membeli kebahagiaan palsu , cinta murahan dan kasihatan yang berpura-pura di pasar dunia , tetapi mereka lupa bahawa harta dunia dan wang tidak boleh membeli hati nurani , tidak boleh membeli baja iman yang mampu menumbuhkan cinta hakiki cinta sejati dan juga tidak boleh menjana kedamaian yang abadi , sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian .. 



" harta dunia bagaikan pasir ditepi pantai , sekali ombak datang , hilang entah kemana "






       Pada hakikatnya tidak ada yang lebih bahagia dari orang yang beriman kepada ALLAH ta'ala .. kenapa ana kata camtu ? sebab orang yang beriman pada ALLAH ni hatinya tenang , jika ada masalah pun , mereka tak cepat melatah , tak mudah gelabah , tak buat keputusan yang terburu-buru .. bak kata remaja sekarang 
" lek luuu.." 

     Mereka yang beriman ini sentiasa hidup ditas cahaya dari ALLAH , sentiasa mengkaji , menghisab dan muhasabah diri dan mematuhi segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala larangan ALLAH . hidup mereka bersederhana , walaupun ada yang ALLAH bagi mereka rezeki lebih tapi masih still hidup bersederhana . sentiasa bersedeqah , infaqkan harta dijalan ALLAH.. semua itu adalah asbab untuk sucikan harta dan penenang jiwa .. 






      Dan ana ada satu perkongsian untuk sahabat sahabiah ana , nak tau dak ??

follow me....

       Apabila kita sakit atau tak sedap badan ka..demam ka .. migrain ka...apa2 ja laa.... sahabat sahabiah banyakkan sedeqah . insha ALLAH dengan izin ALLAH sakit itu akan jadi ringan dalam badan .

      Jika kita menghadapi kesempitan hidup , tamsilnya kita tak ada duit ka atau kita kekurangan keperluan hidup , bersedeqah lah .. walaupun sebiji buah tamar dengan ikhlas ..klu xda buah tamar , harta kita yg lain pun xpa.. insha ALLAH , dengan izin ALLAH , ALLLAH akan  gandakan dan mencukupi kepeprluan kita .. kerana janji ALLAH , jika kamu sedeqahkan harta kamu walaupu sekeping roti , AKU akan beri 10ganda dari harta kamu  ( mafhum hadis ) jika ada kesalahan info tolong perbetul ya..







" sesiapa yang berbuat kebaikan samada lelaki mahupun perempuan , sedang dia beriman . maka kami akan hidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan kami akan berikan pahala mereka dengan yang lebih baik dari apa yang mereka lakukan "








Tiada ulasan:

Catat Ulasan