ShoutMix chat widget

Selasa, 25 Oktober 2011

:.BeRjaYa @ GaGaL?.:





ASSALAMUA'ALAIKUM..

         Lama ana tak jenguk2 blog ana ni..sebenarnya ana dilanda kesedihan..hanya tinggal 2 minggu lebih lagi ana akan fly untuk teruskan pejuangan ana untuk mencari keredhaan ALLAH..hampir 3bln lebih ana disisi family .. bila nak balik sana..rasa sayu sangat..tapi ana kena redha dan bersabar..segala ujian dan hikmah itu ada disisi ALLAH..






      Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masin-masing?betul tak?dan ana yakin setiap insan yang berakal juga akan mengalami kejayaan dan kegagalan dalam kehidupan..kejayaan dan kegagalan yang bagaimanakah yang ana maksudkan disini ? kejayaan @ kegagalan dalam exam ? dalam perniagaan ? dalam hubungan percintaan ? @ dalam sebuah permainana kehidupan ? 

     Tarbiah ayahanda ana yang dikasihi  :" akak, kejayaan kita bukan terletak dari miskin menjadi kaya , bukan dari lapar menjadi kenyang , bukan dari sempit menjadi lapang.. akan tetapi hakikat kejayaan yang sebenar ialah sejauh mana kita amalkan Quran dan Sunnah dalam kehidupan seharian kita..kejayaan manusia dalam agama dengan Taat perintah ALLAH taala dan Ikut Sunnah Rasulullah s.a.w..itu adalah hakikat sebenar kejayaan..bukan dengan kereta mewah , rumah besaQ , isteri besaq , tapi kejayaan itu terletak pada agama ALLAH.. " { ayahanda , akak akan ingat sampai bila2 }




      Bila ditanya target exam , rata-rata jawab nak yang MUMTAZ .. xpernah lagi ana dengaq target exam dia, nak yg gagal .. bila kita cerita tentang ( berjaya dan gagal ni ) ana teringat satu kisah , ada seorang kanak-kanak perempuan .. comel sangat , cute .. masa tu ada pertandingan lumba lari dekat pra sekolah rendah .. semangat dia nak lari .. dalam perlumbaan kanak-kanak ni kalah .. pastu kanak-kanak ni pi dekat ibundanya , dia nangis .. sebab dia kalah dalam perlumbaan tersebut.. pastu si ibunda tadi memujuk si kecil tadi " adik , manada adik kalah pun .. adik menang dihati ibunda , nanti ibunda belikan hadiah ya .. jangan nangis lagi " pujuk ibunda lagi .. sejak hari tu , si kecil tadi dah tak nak masuk mana-mana pertandingan sukan lagi .. sahabat sahabiah nak tahu.. siapa si kecil tadi ? si kecil itu ialah ana . ana takut dengan kekalahan , dan ana tak boleh terima kegagalan .. itu dulu .. tapi sekarang ana dan matured sikit- sikit ja laa.. hehehe...tapi masih keanak-anakan .. malunye.. 

     Sekarang baru ana sedar , setiap kegagalan ada hikmahnya . kegagalan membuatkan diri dan pemikiran kita menjadi lebih matang . kegagalan mengajar ana erti kehidupan sebenar , kegagalan juga mengajar ana betapa tingginya dan betapa pentingnya kita bersyukur pada apa yang kita miliki sekarang .. dan setiap kegagalan pasti di iringi dengan kejayaan .. betapa nikmatnya ketika itu .. 


Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki terletak pada perasaan yang puas terhadap apa yang ada , ketenangan hati , terjauh dari fitnah , bersyukur terhadap nikmatnya serta dapat beribadah secara bebas dan istiqomah ..





      Ana teringat satu kisah , yang cukup memberi kesan dalam hati ana . dan kisah ini ingin ana kongsikan bersama sahabat sahabiah yang ana kasihi sekelian .. kisahnya berbunyi begini ...

      Ummu Arrabi' Binti Al- Bara' , ibu kepada Harithah bin Suraqah yang wafat pada perang badar . Ummu Arrabi' Binti Al- Bara' menemui Rasulullah s.a.w untuk bertanya tentang anaknya yang telah syahid , ini adalah kerana ingin menenangkan hatinya . 

Ummu Arrabi' Binti Al- Bara' : " ya Rasulullah , beritahulah aku tentang anakku,Harithah.jika dia ada disyuraga,maka aku akan bersabar.namun jika ia berada ditempay lain,maka aku akan menangis sekuat-kuatnya .

Nabi s.a.w bersabda : " wahai Ummu Harithah , di syurga terdapat banyak taman . dan anakmu berada ditaman Firdaus yang paling tinggi ."

      Begitulah kisah pengorbanan seorang pejuang Islam memerangkap seorrang anak kepada seorang ibu . kematian anak merupakan satu ujian yang luar biasa bagi seorang ibu .. wanita ini akan menangis jika anaknya tidak masuk syurga .. kesabaran Ummu Arrabi' Binti Al- Bara'  berpisah dengan anaknya telah menjadi sebab ALLAH mengangkat darjatnya dan darjat anaknya di syurga ..

     kerana kejayaan hakiki bukan terletak pada harta benda tetapi terletak sejauh mana dia mengamalkan Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan sehariannya ..


     


kalau kecantikan wanita diumpamakan dengan permata,
maka budi pekerti mulia diumpamakan dengan saham di hari kemudian.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan