" Kunci kebahagiaan yang paling murah menurut cendekiawan
adalah menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedahdalam hidup.
Orang yang paling bernilai dimata orang yang berilmu
adalah orang yang mengasihi dan dikasihi.. "
ASSALAMUALAIKUM..
Ingatlah wahai sahabat sahabiah ana..setiap kesusahan itu pasti ada kesengannya..setiap kepahitan hidup pasti ada kemanisan memorinya.. Selepas bercucuran air mata pasti akan muncul sebuah senyuman .. Dan selepas malam akan jelmalah siang .. Awan duka akan berarak pergi , malam-malam pekat akan menjadi terang.. Dan derita akan berakhir kerana itulah janji ALLAH taala ..
Pada masa yang sama hendaklah kita tahu bahawa sesungguhnya kita beroleh imbuhan atau pahala . Jika kita seorang ibu , anak-anak kita akan menjadi penyokong ISLAM , pelayan dan penolong agama , jika kita mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang mengikut Quran dan Sunnah .mereka akan berdoa untuk kita dalam sujud-sujud dan dalam ibadah mereka ..
Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan . Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Rasulullah s.a.w adalah seorang ibu yang telah menghadiahkan seorang pemimpin yang luar biasa , cukup istimewa disisi ALLAH dan Rasul yang mulia kepada seluruh manusia ..
" kelembutan ALLAH akan berterusan dalam tempoh yang lama
bak kesayuan pandangan mata "
Ini adalah kerana Sesungguhnya kaum hawa mudah terkesan dengan kelembutan , tingkah laku dan amal soleh .- sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan oleh pemidato-pemidato , pensyarah atau tenaga pengajar -
" kebahagiaan ilmu pengetahuan itu bersifat tetap .keagungannya kekal , namanya selalu dikenang .
sedangkan kebahagiaan harta akan lenyap , keagungannya akan hilang ,dan namanya segera dilupakan.. "
Terdapat ramai wanita yang sentiasa dikenang dan diingati kerana menjadi rujukan dalam agama , rasa malu sebagai pakaiannya , hijab dan mempunyai akhlak yang baik , samada pada tetangga , pada suami , sahabat handal . Kisah hidupnya harum mekar ,akan terus diingatkan oleh ramai orang , dijadikan nasihat dimajlis-majlis ilmu dan ikutan yang sentiasa menjadi idola .. insha ALLAH ..
" BIASAKAN DIRIMU MENJADI PENDENGAR YANG BAIK , TIDAK MEMOTONG PEMBICARAAN ORANG LAIN , BERTUTUR KATA DENGAN LEMAH LEMBUT , BERSIKAP SOPAN SANTUN , SERTA MENINGGALKAN KESAN POSITIF DI HATI SETIAP INSAN YANG MENGENALMU "
" REHAT HANYA AKAN BERMAKNA JIKA DIAWALI DENGAN KELETIHAN . KETENANGAN HANYA AKAN DAPAT SETELAH KERJA KERAS . KASIH SAYANG ORANG LAIN HANYA AKAN DIPEROLEHI DENGAN AKHLAK YANG MULIA "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan